Diserang strok menjelang Aidilfitri
August 7, 2014
TANAH MERAH - Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Alor Pasir, dekat sini, hilang punca pendapatan selepas ketua keluarga yang menjadi tempat bergantung diserang angin ahmar, dua minggu lalu.
Lebih menyedihkan, kejadian menimpa bapa kepada lima anak itu, Che Hussin Che Awang, 55, pada 24 Julai lalu berlaku hanya beberapa hari sebelum Aidilfitri.
Isteri Che Hussin, Che Shamsiah Che Harun, 45 berkata, kejadian berlaku ketika suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah sedang bersiap untuk ke tempat kerja.
“Waktu itu suami saya sedang pakai baju di dapur apabila tiba-tiba tubuh dia menjadi longlai dan tidak boleh bergerak hingga terpaksa dipapah naik atas rumah.
“Dia kemudian dihantar ke hospital dan ditahan dalam wad selama tiga hari. Serangan strok (angin ahmar) itu menyebabkan sebelah kanan tubuhnya lumpuh,” katanya, semalam.
Menurut Che Shamsiah, dia sendiri tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anak dan kini perlu menjaga suaminya yang tidak mampu menguruskan diri.
“Sekarang kami terpaksa mengharap sedekah dan belas ihsan orang yang datang melawat untuk belanja harian termasuk belanja sekolah anak,” katanya yang mempunyai empat anak masih bersekolah.
Tambahnya, kejadian menimpa suaminya yang berlaku empat hari sebelum Aidilfitri juga menyebabkan mereka sekeluarga menyambut hari raya dalam suasana hambar dan sedih.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan, Wan Azahari Wan Muhammad yang menziarahi Che Hussin berkata, pihaknya akan menimbang bantuan bulanan di bawah Bantuan Kanak-Kanak (BKK).
“Elaun BKK ini untuk meringankan beban belanja sekolah anak Che Hussin dan buat sementara ini, kita beri sumbangan segera sebanyak RM300,” katanya.
Pada kunjungan disertai Pengerusi Skuad Sayang Wanita Umno Kelantan, Dayang Saniah Awang Hamid, keluarga itu turut menerima sumbangan Skuad Sayang.
Hadir sama, Pengerusi Skuad Sayang Wanita Umno Tanah Merah, Hamidah Hussin dan Pengarah Dun Kemahang yang juga Setiausaha Umno bahagian, Ahmad Ismail.

No comments:
Post a Comment