PUTRAJAYA - Keputusan Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap bagi kenderaan mengesyorkan supaya kadar ketelusan cahaya (VLT) untuk cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang dikurangkan kepada 30 peratus berbanding VLT asal sebanyak 50 peratus.
 
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kadar VLT bagi cermin depan dan sisi pemandu dikekalkan.
 
Beliau berkata, cadangan hasil bengkel itu akan dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein esok untuk dipertimbangkan.
 
"Jika beliau bersetuju, syor itu akan dilaksanakan serta-merta," katanya.