Tuesday 30 September 2014

KOTA BHARU - Padah buat seorang jurujual aksesori telefon apabila dihukum penjara 11 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah atas tuduhan rogol, di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, yang berusia 28 tahun, didakwa merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun 11 bulan di alamat Kampung Bechah, Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 5 pagi, 26 April, tahun lalu.

Hukuman diputuskan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan selepas kes berkenaan melalui satu perbicaraan penuh.

Sebelum hukuman diputuskan pada prosiding, peguam bela, Karmazubi Shaari bagi pihak anak guamnya merayu hukuman minimun dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor usianya yang masih muda.

“Berdasarkan keadaan sekeliling kejadian berlaku mungkin atas kerelaan mangsa, bagaimapun tertuduh menginsafi dan memdapat pengajaran sepanjang kes ini dijalankan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Nor Hamizah Ghazali bagaimanapun membantah rayuan itu dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan hujahan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah satu jenayah serius.

“Seperti mana peruntukkan undang-undang mengikut seksyen ini, tertuduh boleh dihukum penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

“Isu keadaan sekeliling ketika kejadian berlaku tidak terpakai dalam kes ini kerana mangsa hanya berusia 15 tahun 11 bulan. Kepentingan awam hendaklah diambil kira selain mempertimbangkan jumlah kes rogol yang setiap kali dilaporkan melibatkan pelajar dan remaja bawah umur,” katanya.

No comments:

Post a Comment