Teruja terima sijil lahir
August 10, 2014
RANTAU PANJANG – Ibu kepada dua anak berusia tujuh tahun dan 22 bulan berasa teruja apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan menyerahkan sijil lahir kepada kedua-dua anaknya, semalam.
Ternyata kesulitan yang dihadapi Hasnah Mustapha, 30 dari Kampung Jakar, di sini mendapat maklum balas positif daripada JPN Kelantan yang tampil menyelesaikan masalahnya.
Hasnah berkata, pada awalnya, dia menyangka dua anaknya itu tidak akan mendapat sijil lahir mereka dan tidak akan menjejakkan kaki ke sekolah sampai bila-bila.
Menurutnya, berbekalkan sijil lahir yang diperoleh, dia akan mendaftarkan persekolahan anak sulungnya, Puteri Normanisha Nadia Mohd Zulkhafar,7 di sekolah dekat Pohon Tanjong, di sini.
"Kesilapan tidak mendaftarkan perkahwinan selepas bernikah di Thailand hampir meragut masa depan kedua-dua anak saya.
"Selepas suami menghilangkan diri dua tahun lalu, hidup saya semakin terhimpit. Saya buntu memikirkan hala tuju anak-anak tetapi mujurlah JPN membantu saya mendapatkan sijil lahir mereka," katanya.
Sehubungan itu, Hasnah menasihatkan kepada orang ramai terutama remaja agar tidak mengambil mudah isu pendaftaran perkahwinan kerana ia mungkin memberi kesan buruk kepada masa depan anak-anak.
Sementara itu, Pengarah JPN Kelantan, Nafisah Abdullah menjelaskan, pihaknya telah berkunjung ke rumah Hasnah untuk mengetahui masalahnya selepas berita mengenai kesulitan dihadapi Hasnah disiarkan akhbar ini pada 29 Jun lalu.
"Kami bersimpati dengan keadaan yang menimpa Hasnah dan berharap dia tidak menjadikan kesulitan hidup sebagai penghalang untuk berjaya di masa depan.
“Berbekalkan sijil lahir ini, kami harap Hasnah dapat mendaftarkan persekolahan anak sulungnya dengan segera,” katanya.

No comments:
Post a Comment