MH370: Kehadiran sukarelawan suntik semangat
Tarikh: March 24, 2014
BANGI - Kehadiran sukarelawan daripada Tzu-Chi Buddhist Foundation turut memberi kesan positif kepada keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Seorang sukarelawannya Chen Li Zhu berkata kehadiran mereka ke Hotel Bangi-Putrajaya boleh diibaratkan sebagai kaunselor untuk mententeramkan emosi anggota keluarga berkenaan yang kadang kala didapati tidak begitu stabil.
"Emosi mereka akan berubah jika mendapat perkhabaran baharu mengenai pesawat yang hilang itu. Justeru kehadiran kami ke sini sekurang-kurangnya dapat menenangkan mereka ketika menghadapi saat-saat sukar seperti ini," katanya.
Sementara itu pegawai perhubungan awam pertubuhan tersebut, Chong Chuan Yit berkata yayasan itu menempatkan 10 anggota untuk memberi sokongan moral kepada anggota keluarga terbabit.
Beliau berkata pertubuhan itu mula berkhidmat untuk anggota keluarga sejak hari pertama kehilangan pesawat.
"Kita turut bertindak sebagai penghubung antara Malaysia Airlines dengan anggota keluarga di China memandangkan syarikat penerbangan negara tersebut kekurangan kakitangan yang fasih berbahasa Mandarin," katanya.
Difahamkan, sebanyak 21 anggota keluarga dari China, enam dari India dan satu dari New Zealand masih berada di Hotel Bangi-Putrajaya bagi mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ke-16 hari ini.
Keluarga penumpang warga China dipindahkan Sabtu lepas ke hotel itu dari Hotel Cyberview kerana telah ditempah awal sempena perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia. - Bernama

No comments:
Post a Comment