- MH370: Selebriti M'sia pula sasaran kemarahan
- Penduduk China terus menyatakan kemarahan terhadap Malaysia ekoran kehilangan MH370 yang membawa sebahagian besar penumpang rakyat republik itu.
Di Weibo, laman blog mikro China ala-Twiiter – mereka dilihat mensasarkan selebriti Malaysia yang menempa nama di negara itu, termasuk memberi gelaran sebagai “binatang” dan “sampah”.
Pengguna Internet menyenaraikan Fish Leong (kanan), Gary Chaw, Lee Sinje and Ah Niu – yang popular dengan lagu pop dan filem di tanah besar China – dan mengajak persembahan mereka dipulaukan.
Leong, yang sedang mengandung, diserang selepas memuat naik gambar tiga batang lilin sebagai tanda berkabung untuk mangsa MH370.
Ia bagaimanapun mengundang sumpah seranah terhadap kandungannya, menyebabkan beliau kemudiannya membuang gambar itu.
Sementara itu Chaw pula digelar “binatang”.
Penyanyi terkenal Shila Hamzah yang melakar nama di negara itu selepas menyertai pertandingan “I am Singer” cuba menenangkan keadaan.
Beliau memuat naik gambar di laman sosial bergambar Instagram dengan tulisan:
"MH370 bukan salah saya... Maafkan saya."
[Baca lanjut di blog MH370]
Thursday, 27 March 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment