Sesi penerangan di Beijing cetus kekecohan
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, laporan mengenai perjalanan sesi penerangan itu telah diterimanya termasuk dokumen deklarasi yang diberikan oleh anggota keluarga terbabit.
"Sesi penerangan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam berjalan lancar namun di Beijing ia kurang produktif, meskipun kita cuba memastikan ia berjalan lancar, saya faham tetap berlaku beberapa insiden tegang.
"Saya telah menerima laporan daripada dan deklarasi itu dan meminta bantuan daripada Kementerian Luar untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa China bagi menyiasat apa yang telah berlaku," katanya dalam sidang akhbar harian berhubung pencarian MH370 di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, kerajaan akan terus berhubung dengan ahli keluarga yang berada di China dan berusaha memastikan setiap sesi penerangan pada masa depan berjalan dengan lancar.
Jelasnya, satu pasukan teknikal juga telah dibentuk untuk mengkaji setiap sesi penerangan yang dijalankan sebelum ini untuk mengesan kelemahan yang timbul.
"Kami merayu kepada semua pihak terlibat agar memahami situasi yang sangat luar biasa ini dan kesukaran yang dihadapi.
"Rayuan saya kepada setiap ahli keluarga juga sama tidak kira di mana mereka berada, kami akan melakukan apa sahaja untuk memastikan maklumat sampai kepada anda," tambahnya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• 700,000 syarikat terlibat Banci Perdagangan Edaran 2014
• Pemenang cadang P. Ramlee diangkat ikon perpaduan
• 53.71 peratus keluar mengundi setakat pukul 2 petang
• FAMA sedia 50 tan 9 jenis barang pada harga borong
• Laporan layanan buruk polis tidak benar - ibu warga China
• PRK Kajang: SPR jangka peratusan keluar mengundi capai 80 peratus
• Pemerhati bebas berada di pusat mengundi diambil tindakan
• PRK Kajang: 40.81% keluar mengundi setakat 12 tengah hari
• PRK Kajang: 22.6 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi
• PRK Kajang: Situasi kecoh bila penyokong parti bertembung
• MH370: Kapal perang Australia tiba di lokasi serpihan dikesan
• PM Australia yakin nasib pesawat MH370 dapat diketahui
• Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Khamis
• PRK Kajang: 15 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
• Malaysia amat hargai bantuan Jepun dalam operasi mencari MH370 - Najib
• Satu lagi penemuan baharu
• Australia tingkat operasi
• Sesi penerangan di Beijing cetus kekecohan
• TLDM gerak lebih banyak aset
• Pemeriksaan KLIA diperketat

Utusan Online on Facebook
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140323/dn_04/Sesi-penerangan-di-Beijing-cetus-kekecohan#ixzz2wlpZ7KyK
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment