Sunday 30 March 2014

Lelaki rentung kereta dirempuh

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
Johor Bahru: Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan ngeri di Jalan Permas Barat, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Liew Wei Liang, 20, yang memandu Proton Wira dirempuh dari arah hadapan oleh sebuah Toyota Vios.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan mendapati mangsa memandu dari arah Pasir Gudang menghala ke pusat bandar.

"Secara tiba-tiba Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung Proton Wira mangsa.
Foto
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan.

"Perlanggaran itu mengakibatkan Proton Wira terbabit terputus dua sebelum kedua-dua kereta itu terbakar. Bagaimanapun pemandu Toyota Vios itu menghilangkan diri sebaik kejadian," katanya kepada Harian Metro di sini, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/31 2377  56 Google +4  0  0

No comments:

Post a Comment