TELUK INTAN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, di sini atas dua pertuduhan merogol gadis berusia 19 tahun, Mac lalu.

Tertuduh, Mohammad Murshidi Hashim, 29, dari Taman Melur Indah 2, Kulim Kedah, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas  di hadapan Hakim Asmadi Hussin, disini, pagi semalam.

Mengikut fakta kes, pada 11 Mac lalu, kira-kira jam 1 petang, di  bilik utama sebuah rumah di Kampung Lubuk Katak, Tapah, tertuduh didapati merogol mangsa yang merupakan kekasihnya.

Pada hari sama,  pada jam kira-kira 12 tengah malam, tertuduh mengulangi perbuatan itu terhadap mangsa di ruang tamu rumah sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan, mangsa didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Asmadi Hussin turut tidak mengeluarkan sebarang ikat jamin dan kes akan disebut semula pada 25 April hadapan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suffian Jaafar manakala tertuduh tidak diwakilkan mana-mana peguam bela.