Thursday 27 March 2014

  • Anak Zaharie: Bapa mungkin masih hidup
  • | 2:58PM Mac 27 2014
  • Anak bongsu juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah berkata beliau tidak pernah berputus asa bahawa penumpang MH370, termasuk bapanya, mungkin masih hidup.

    Ahmad Seth Zaharie, 26, dipetik dalam akhbar New Straits Times (NST) sebagai berkata beliau juga menyedari beberapa teori liar termasuk tuduhan kononnya bapanya merampas pesawat tersebut atau kononnya Zaharie seorang fanatik politik, tetapi beliau menafikan semuanya itu.

    Katanya, beliau membaca semuanya di internet tetapi menegaskan bahawa beliau tidak pedulikan semua spekulasi itu.

    Sebaliknya, Ahmad memberitahu pemberita di rumahnya bahawa dia lebih tahu tentang bapanya.

    Katanya, mereka mungkin tidak rapat sangat kerana bapanya itu kerap berjalan, "tetapi saya memahaminya".

    Ahmad berkata beliau tidak terkejut dengan pengumuman kerajaan pada malam Isnin bahawa pesawat telah berakhir di Lautan Hindi tetapi dia masih berpegang kepada harapan tersebut.

    [Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment