Saturday 29 March 2014



Anwar, Wan Azizah tanding jawatan presiden PKR, Azmin berdepan tentangan sengit

OLEH MD IZWAN
MARCH 29, 2014
Penyandang Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan jawatannya yang dicabar lima calon yang lain pada pemilihan peringkat pusat PKR bulan hadapan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Mac, 2014.Penyandang Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan jawatannya yang dicabar lima calon yang lain pada pemilihan peringkat pusat PKR bulan hadapan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Mac, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim sah mencabar penyandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan sengit enam penjuru.
Dr Wan Azizah membuat kejutan apabila menghantar borang penamaan calon untuk mempertahankan jawatannya.
Pengumuman dibuat oleh Pengerusi Pemilihan, Datuk Johari Abdul selepas selesai tempoh pencalonan jam 5 petang.
Pencalonan Anwar juga mengejutkan kerana Ketua Umum PKR masih berdepan kemungkinan hukuman penjara selepas disabit bersalah atas tuduhan meliwat.
Dalam pada itu, penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dicabar lima calon – Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandran dan Murali Subramaniam.
Bagi jawatan Naib Presiden, sebanyak 16 pencalonan diterima, antara calon-calon tersebut adalah Nurul Izzah Anwar, Baru Bian, N Surendran, Datuk Dr Mansor Othman, Fuziah Salleh, Mustafa Kamil Ayub dan R Suresh Kumar, Elizabeth Wong, Rafizi Ramli, Lee Chin Cheh, Dr Punithan Shan, Md Yahya Shaari dan Shamsul Iskandar.
Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, seramai 78 borang pencalonan diterima oleh jawatankuasa pemilihan parti.
Penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pula berdepan satu lawan satu selepas dicabar Rodziah Ismail, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri Selangor
Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nazree Yunus yang juga merupakan penyandang timbalan AMK sebelum ini dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari.
Hari ini bermula penamaan calon di peringkat pusat.
Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini.
Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. – 29 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment