Oleh Ramlah Zainal
Pasti ramai lebih mengenali Hanis Zalikha sebagai pengacara berbanding pembabitannya dalam dunia lakonan sejak dua tahun lalu.
Justeru, kata pemilk nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 24, ini nekad bekerja keras untuk membina nama supaya mampu duduk sebaris dengan barisan pelakon berkaliber sedia ada.
“Sebagai artis, saya juga ingin mengembangkan cabang seni sedia ada kerana saya ingin keduanya iaitu lakonan dan pengacaraan bergerak seiringan.
“Selain mengacara, saya juga minat berlakon dan mahu mencipta nama dalam bidang itu serta meneroka lebih banyak watak pada masa depan.
“Selain mengacara, saya juga minat berlakon dan mahu mencipta nama dalam bidang itu serta meneroka lebih banyak watak pada masa depan.
“Maklumlah, bidang seni ada pasang surutnya dan saya tidak mahu terikat dengan bidang pengacaraan semata-mata sedangkan cabang seni juga luas,” katanya yang juga penulis blog popular.

No comments:
Post a Comment