Berhutang demi sesuap nasi
Tarikh: March 6, 2014

Jariza menunjukkan surat permohonan bantuan yang diluluskan sebelum ini berserta kad OKU.
KUALA NERUS - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Itulah yang digalas Jariza@Jalil Sulong, 41, apabila hidupnya bukan sahaja dihimpit kemiskinan, malah kudrat yang ada begitu terhad setelah mengalami kecacatan akibat kemalangan.
Meskipun payah, bapa tunggal kepada tiga cahaya mata itu tetap cekal mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya walaupun kaki dan tangan kirinya tidak sempurna.
Jariza yang juga pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya bekerja di pusat cuci kereta di Gong Badak dengan upah RM15 sehari.
Dengan jumlah itu, Jariza mengakui tidak cukup untuk menanggung kehidupan mereka sekeluarga hingga memaksa dirinya meminjam duit dengan orang lain.
“Saya tiada pilihan kerana kerja ini sahajalah yang mampu saya lakukan dengan kudrat yang ada. Saya tetap kuatkan diri, walaupun diri sendiri dihimpit dengan kepayahan untuk melakukan kerja, tetapi apabila merenung nasib anak-anak, saya terus cekalkan hati,” katanya yang kematian isteri tiga tahun lalu.
Bayaran rumah tertunggak
Menurut pemilik Rumah Mesra Rakyat di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit ini, pernah suatu ketika dia terpaksa menebalkan muka meminjam duit daripada saudara untuk memberi makan kepada anak-anaknya.
“Malah sekarang ini, hampir setahun bayaran balik pinjaman rumah yang saya duduki tertunggak kerana masalah kewangan, tapi Alhamdulillah keluarga begitu mengambil berat terutama pada anak-anak,” katanya.
Kata Jariza lagi, selepas mengalami kemalangan pada 1996, dia terlantar hampir lima tahun dan setelah keadaannya agak pulih, dia mengambil keputusan untuk bekerja.
Menurutnya, pekerjaan pertama dilakukan adalah membuka pusat cuci kereta berdekatan rumah di Batu Rakit dengan bantuan modal peralatan daripada Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Negeri Terengganu sebanyak RM5,500 pada 2009.
Perniagaan gagal
Bagaimanapun selepas dua tahun beroperasi, pusat cuci kereta berkenaan terpaksa ditutup kerana sukar mencari pekerja untuk membantunya.
Walaupun kecewa perniagaannya gagal, Jariza tidak patah semangat lalu bekerja di pusat cuci kereta milik rakannya.
“Sedih itu memang sedih, daripada pemilik jadi pembantu di pusat cuci kereta orang lain, tapi sekiranya itu sahaja rezeki kerja yang saya ada, saya akan terus bekerja,” katanya ketika ditemui di tempat kerjanya di Gong Badak, di sini.
Bantuan diberhentikan
Kesengsaraan Jariza tidak terhenti di situ sahaja, dia sekali lagi diuji apabila bantuan bulanan RM200 yang diterimanya, dipotong dengan alasan sudah tiga bulan bantuan itu tertunggak dan tidak diambil.
“Saya mula terima bantuan JKM pada 2007 sehinggalah kali terakhir saya menerimanya pada 2012. Ketika itu saya bekerja di Kuantan, Pahang.
“Disebabkan saya bekerja di luar, saya minta arwah isteri ambil duit berkenaan, tapi dimaklumkan pegawai ketika itu yang bantuan perlu diambil sendiri oleh penerima,” katanya.
Disebabkan penamatan bantuan yang dibuat secara tiba-tiba itu, Jariza membuat permohonan semula kepada JKM selepas disarankan pegawai terbabit dan sehingga kini, dia masih menanti dengan penuh harapan.
“Saya buat permohonan semula selepas pilihan raya iaitu pada Mei tahun lalu, tapi sampai sekarang belum ada sebarang jawapan.
“Jadi saya merayu agar pihak berkenaan menimbang semula permohonan saya dengan mengambil kira kesusahan yang saya alami. Dengan tangan dan kaki yang tidak sempurna ini, susah untuk saya bekerja di bidang yang lebih berat,” katanya.

No comments:
Post a Comment