Masalah Line Clear selesai
December 1, 2014
GEORGETOWN – Masalah perebutan pengurusan Restoran Nasi Kandar Line Clear selesai dengan semua pihak mencapai kata sepakat.
Hasilnya, sistem giliran akan berjalan semula bermula Januari tahun hadapan.
Pengarah Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Azman Sirun berkata, keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang dan MPPP.
Menurutnya, pengurus restoran itu sekarang, Abdul Hamid SN Seeni Pakir, akan menamatkan perniagaannya pada 31 Disember ini bagi memberi laluan kepada salah seorang daripada tiga orang lagi yang menuntut.
“Hasil perbincangan, mereka setuju buat sistem giliran semula bermula tahun depan di mana semua mereka diberi tempoh setahun untuk berniaga di restoran berkenaan.
“MPPP sedaya upaya beri bantuan kepada mereka untuk meneruskan perniagaan termasuk memberikan lesen perniagaan, namun pihak kami tidak akan melayan semua tuntutan peribadi dikemukakan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Sebelum ini, Restoran Nasi Kandar Line Clear berdepan tindakan pengosongan apabila MPPP memberi amaran jika mereka yang terlibat gagal menyelesaikan pertikaian milikan antara pengusaha dan tiga pemilik lesan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, pergolakan berlaku dalam pengurusan restoran terkenal itu bermula apabila tiga individu diberikan lesen oleh MPPP menuntut agar perniagaan dijalankan mengikut sistem giliran.
Individu berkenaan, Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar mendakwa sebelum ini kesemua mereka bersetuju memberikan peluang kepada Abdul Hamid untuk berniaga pada 2008 hingga 2010 namun sehingga hari ini, Abdul Hamid tidak menyerahkan tapak berkenaan.
Kesal dengan tindakan itu, mereka membuat aduan kepada MPPP dan mahu menuntut semula untuk menguruskan restoran berkenaan.
Restoran Nasi Kandar Line Clear terletak di persimpangan Lebuh Chulia dan Jalan Penang dibuka sejak 1930 dan diwarisi oleh keluarga Seeni Pakir Ravatar sehingga kini.
Dahulunya restoran itu dinamakan Kedai Kopi Seeni namun sejak 1992 ia menggunakan jolokan line clear kerana pekerja akan menjerit line clear sebagai cara mereka memberitahu sudah sedia untuk melayan pelanggan.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment