Wednesday, 3 December 2014

Tips Untuk Mengetahui Madu Anda Beli Tulen Atau Tiruan



Madu adalah satu makanan yang amar berkhasiat tinggi dan sudah ramai mengetahui tentang kehebatan madu ini. Madu yang terbaik adalah madu yang diperolehi dari sarang di tempat asal habitatnya. Sekarang madu boleh didapati di merata tempat dengan senang tetapi persoalannya adakah adu yang anda beli itu asli, campuran atau tiruan.

Kali ini kami ingin berkongsi tentang bagaimana untuk mengetahui madu itu asli atau tiruan. Sesekali siingatkan jagan terpedaya dengan penjual kerana siapa yang jual nak cakap madu mereka jual tu tiruan walaupun memang tiruan.

Berikut adaah fakta tentang madu dan mungkin boleh membantu anda mengenalpasti ketulenan madu tersebut.


  • Madu asli TIDAK MEMPUNYAI TARIKH LUPUT. Makin lama madu disimpan, warnanya akan menjadi makin gelap, tetapi tidak akan menjadi basi, busuk, buruk, hapak, ketiak masam atau sebagainya.
  • Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol
  • Madu asli TIDAK AKAN BEKU walaupun disimpan di dalam freezer. Ini kerana komposisi air di dalam madu sangatlah rendah. Kandungan lain di dalam madu ialah bukan air jadi bila disimpan di dalam tempat beku, hanya akan menukarkan madu itu menjadi lebih pekat seperti gel.
  • Madu asli MUNGKIN BOLEH dihurungi oleh semut. Diantara kandungan di dalam madu ialah gula [fructose, glucose, sucrose etc.] jadi memang tidak mustahil untuk semut menghurungi madu. 
  • Titisan madu bentuknya bulat. Bila madu dititiskan di atas tapak tangan atau atas pinggan, bentuknya bulat, cantik berkilat. Berbeza dengan air, yang akan terus meresap bila dititiskan di sebarang permukaan. Ini kerana kelikatannya.
  • Madu diletakkan separuh di atas sudu , kemudian dipanaskan di atas api lilin, kalau madu berbuih besar dan tidak tumpah dari sudu ia adalah asli jika sebaliknya adalah tiruan atau campuran.
  • Cara yang paling tepat untuk mengukur ketulenan madu tidak lain dan tidak bukan ialah dengan cara ujian yang dilakukan di makmal.


Keaslian madu perlu di tentukan kerana kemanisan madu tidak memudaratkan dan kemanisan madu tiruan sudah pasti dari manis gula dan kuantiti gula yang banyak untuk dihasilkan menyebabkan ia berbahaya kepada badan.-Siakapkeli.com.my
Blogger ( 0 ulasan )
Facebook (0 comments)

No comments:

Post a Comment