UmFab Hiburan
Fauziah Latiff Bakal Nikah Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengunci mulut mengenai alam rumah tangga, penyanyi Fauziah Latiff akhirnya mendedahkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan pada tahun depan.
Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Jee, 44, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dia merasakan sudah tiba masanya untuk memulakan kehidupan berkeluarga selepas kekecewaan dalam perkahwinan terdahulu.
"Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.
"Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak," ujarnya kepada mStar Online.Fauziah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran novel Mutiara Hati Rafflesia, di HOTEL Istana, di sini Rabu.
Dalam pada itu, Fauziah memberitahu tidak terlalu memberi tumpuan untuk mengenai persiapan majlis perkahwinan tersebut kerana mahu ia dilaksanakan secara sederhana sahaja.
"Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuksettle down sahaja.
"Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami," katanya.
Sementara itu, ditanya tentang lelaki berkenaan Fauziah belum bersedia mendedahkan identiti pemuda itu buat sementara waktu.
Fauziah pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan mereka disahkan bercerai pada tahun 2007.
Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13.
Dalam perkembangan lain, Fauziah sedang dalam proses menghasilkan lagu baharu untuk mengubati kerinduan peminat terhadapnya.

Tahniah buat Gee dan pasangan.
RELATED POSTS :
Gambar Siti Nurhaliza Dan Cucunya AydenUmum mengetahui yang Datuk Siti Nurhaliza mempunyai seorang cucu lelaki, foto beliau bersama cucu tidak pernah di hebohkan di media melain… Read More...
Awal Ashaari Tak Sekat Rezeki Lara Alana PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui mendapat tawaran untuk menjadikan anaknya, Lara Alana yg kini berusia dua bul… Read More...
Anak Sharifah Aini akhiri zaman bujangShah Alam: Dengan sekali lafaz, Aliff Omar Ali, 32, anak tunggal Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, selamat diijabkabulka…Read More...
Kediaman Farah Fauzana Yang Wowww - 12 GAMBARPastinya semua orang mengidamkan rumah yang besar dan selesa untuk keluarga dan juga keselesaan diri. Begitu juga yang diinginkan oleh DJ … Read More...
Rita Rudaini Dakwa Gaji Aidil Zafuan RM50,000 SebulanSebelum ini, ada juga cakap cakap mengatakan yang tuntutan naflah tertunggak yang dibuat Rita Rudaini sejumlah lebih RM300,000 sebagai mel…Read More...

0 RESPONSE TO "FAUZIAH LATIFF BAKAL NIKAH TAHUN DEPAN"