UmFab Dalam Negara
Bapa pula kena tikam

Kuala Terengganu: Kurang 24 jam selepas menikam rakan sekerja, seorang pengawal keselamatan berusia 30 tahun bertindak menikam bapa sendiri di rumah rakannya di Kampung Tasek, Bukit Payong, Marang, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, suspek yang sebelum ini menghilangkan diri sebaik menikam dada rakan sekerjanya di Kuala Ibai, Jumaat lalu, menikam pula dada bapa kandungnya malam kelmarin ketika bersembunyi di rumah rakannya.
Bapa mangsa yang berusia 68 tahun berkata, kejadian berlaku ketika dia cuba memujuk anak kedua daripada sembilan beradik itu pulang ke rumah.
Menurutnya, pujukan itu bukan saja tidak berkesan, malah menaikkan darah anaknya hingga bertindak luar batasan dengan menikam dadanya dengan pisau hingga berlubang.
"Selepas mengetahui anak saya menikam rakan sekerjanya di tempat kerja di Kampung Kuala Ibai daripada seorang pengawal keselamatan di kawasan itu, tanpa berlengah, saya terus mencarinya sebelum menemui dia mengayuh basikal di Kampung Tasek.
RELATED POSTS :
Maut tergantung di kipas silingGeorgetown: Seorang pekerja salon ditemui maut tergantung di kipas siling ruang tamu rumahnya di Bandar Baru, Air Itam di sini, malam tad… Read More...
Jawab UPSR sebelah mata“Dia tetap mahu menduduki UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) walaupun menggunakan sebelah mata selepas mata kanannya cedera,” kata Ch… Read More...
Perompak Latin DiburuPolis Diraja Malaysia (PDRM)melancarkan Ops Albatross untuk mengesan dan mengheret suspek kumpulan penggodam ATM menyebabkan kehilangan w… Read More...
Kanak Kanak terperangkap dalam keretaSeorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terperangkap hampir sejam dalam pacuan empat roda bapanya yang terkunci secara automatik di… Read More...
Putus kepala dibaham buayaSeorang lelaki maut selepas dibaham buaya di Sungai Rimbas, pagi tadi. Kejadian berlaku pada jam 10 pagi mengorbankan Mustapa Bunsu, 50…Read More...

0 RESPONSE TO "BAPA PULA KENA TIKAM"