Tidak Tahan Diganggu Kerana Terlalu Cantik,Pekerja Tesco Ini Naik Mahkamah (2 Gambar)
Seorang lelaki berusia 56 tahun yang tertarik dengan wajah jelita seorang pekerja sebuah pasar raya Tesco di Gloucester dekat sini telah diarahkan oleh mahkamah supaya menjauhkan diri daripada gadis berkenaan.
Pekerja Tesco tersebut, Samantha Bryce, 22, terpaksa memohon perintah berkenaan dari sebuah mahkamah di Gloucester baru-baru ini kerana tidak tahan akibat sering diganggu lelaki berkenaan.
BRYCE keluar dari sebuah mahkamah di Gloucester, Britain baru-baru ini selepas memohon perintah agar tidak diganggu seorang lelaki.
Lelaki itu, Nicholas Fenney mula mengganggu Bryce selepas kali pertama mereka bertemu di pasar raya berkenaan pada Disember tahun lalu.
Bryce memberitahu mahkamah, sejak itu Fenney mula mengganggunya dengan memberi hadiah, kad Valentine dan mengajaknya keluar untuk makan malam.
“Sebelum ini ada beberapa pelanggan lelaki cuba mengganggu saya tetapi tidak melampau seperti yang dilakukan oleh Fenney.
“Fenney membuat saya takut kerana dia mengetahui semua mengenai saya termasuk tempat asal saya serta warna kuda yang saya miliki.
“Dia turut memberikan saya sekeping kad yang mempunyai gambar dua ekor arnab sedang mengawan dengan tulisan saya cinta kamu,” katanya kepada mahkamah. – Agensi
0 RESPONSE TO "TIDAK TAHAN DIGANGGU KERANA TERLALU CANTIK,PEKERJA TESCO INI NAIK MAHKAMAH (2 GAMBAR)"