Sunday, 14 December 2014



Luah Perasaan Sedih Erma Fatima ketika Timang Zuriat Daripada Madunya 

Pelakon dan pengarah terkenal negara, Erma Fatima mengucapkan tahniah kepada suaminya yang juga pengarah, Badaruddin Azmi atas kelahiran cahaya mata sulung, hasil perkongsian hidup bersama madunya, Aida Abdullah.

Erma seolah-olah meluahkan rasa sedihnya, kerana tidak mampu memberi zuriat kepada suaminya, melalui keterangan gambar ini. 
Erma seolah-olah meluahkan rasa sedihnya, kerana tidak mampu memberi zuriat kepada suaminya, melalui keterangan gambar ini.
Ucapan tahniah itu dizahirkan di laman sosial Instagram miliknya hari ini, berserta gambarnya mendukung seorang bayi.


Bagaimanapun, keterangan gambar itu berbunyi sedih, apabila Erma membangkitkan kegagalan beliau memberikan zuriat kepada suaminya yang juga dikenali dengan nama Bade.
“Malang bagi seorang perempuan yang tidak mampu memberikan zuriat buat suaminya…kerana anak adalah anugerah Allah paling berharga.
“Selamat datang dalam keluarga ini baby Jihad. Tahniah Bade dan Aida,” demikian catatannya di laman sosialnya itu.

Gambar itu mengundang pelbagai komen daripada peminat yang rata-rata kagum dengan ketabahan dan juga pengorbanan beliau yang merestui suaminya berkahwin lain.
Jun lalu, negara digemparkan dengan berita pernikahan kedua suami pengarah terkenal itu.
Pernikahan yang berlangsung di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu itu, dikatakan mendapat restu Erma, selaku isteri pertama Bade.
Erma dan Bade telah berkahwin pada 30 November 1990 dan tidak dikurniakan zuriat, namun mereka mempunyai lima anak angkat.

Sumber suarainsan.net

RELATED POSTS :

0 RESPONSE TO "LUAH PERASAAN SEDIH ERMA FATIMA KETIKA TIMANG ZURIAT DARIPADA MADUNYA "

Note: only a member of this blog may post a comment.

No comments:

Post a Comment