PENGKALAN KUBOR - Pengarah Pilihan Raya  Pas Pusat, Dr Hatta Ramli hari ini menyarankan agar penduduk di Pengkalan Kubor memberi sokongan kepada Pas menjelang PRK di Dun tersebut.

Hatta Ramli berkata, perkara itu penting kerana sudah sekian lama kerajaan Barisan Nasional tidak memberi hak yang sepatutnya kepada Kelantan.

" PRK ini sangat penting, walaupun kecil yang penting signal yang hendak kita sampaikan.

"Beri isyarat, biar kerajaan pusat menggigil, biar kerajaan Pusat adil selepas ini," katanya.

Sementara itu, Hatta berkata, rakyat di Dun Pengkalan Kubor perlu mengelak diri daripada termakan dengan janji manis yang disogokkan BN.

"Kita jangan seronok sangat, bila menteri turun, kerajaan janji macam-macam, jangan termakan," katanya.