JITRA - Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu peribahasa yang boleh menggambarkan kehidupan perit yang kini ditanggung oleh seorang bekas kerani akaun.

Zuraidah Zabidi, 50, yang juga seorang ibu tunggal kini menderita akibat penyakit diabetes yang dialami sejak 15 tahun lalu.

Susulan penyakit itu, dia kini tidak berkemampuan untuk bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan mata yang kronik berikutan urat matanya pecah dan kehilangan fungsi melihat.

Menurut Zuraidah, kehidupannya 10 tahun lalu sebagai seorang kakitangan awam di sebuah universiti di Pulau Pinang cukup sempurna.

Bagaimanapun katanya, segalanya berubah selepas dia bersara kerana ingin melakukan perniagaan jualan langsung.