BAHASA
MB Selangor: Catuan air tamat selepas paras air cecah 55%
Kerajaan Selangor akan menamatkan program catuan air hanya selepas paras air di semua empangan mencecah 55%, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).
Menteri besar Selangor itu berkata, langkah konservatif terpaksa diambil bagi memastikan bekalan air mencukupi.
"Walaupun saya tahu ada hujan tapi saya nak tengok air betul-betul ada di empangan.
"Sekarang masih ada lagi empangan yang bawah paras 40%.
"Kalau dah melebihi 55%, baru catuan air ditamatkan," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Ditanya sama ada catuan air akan dilanjutkan selepas April, Khalid menyifatkannya sebagai "kemungkinan besar tidak akan berlaku". – 2 April, 2014.
MENYUSUL LAGI
| Mandarin Orchard Singapore Memperkenalkan Ruang Istirahat Kelab Serba Baharu di Tingkat Atas Hotel SINGAPURA, 22 minit lalu | |
| RS Components Memperluas Penyelesaian Ketersambungan Wayarles untuk Raspberry Pi KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 jam lalu 12 minit lalu |











-120x80.jpg)
COMMENTS