Sunday 27 April 2014

‘Biar Lisda bersalin dulu’

Oleh Wahi Aziz
Kuala Lumpur: “Saya pun tak nak benda ini berpanjangan tapi tunggulah Lisda habis bersalin dulu,” kata pelakon Sharnaaz Ahmad memberikan respons kepada kenyataan Fauzi Nawawi yang menunggu surat saman daripadanya.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, konflik yang sudah sebulan senyap itu kembali diperkatakan apabila media melaporkan dia tidak akan mati dalam keadaan tenang kelak jika permasalahan dengan pasangan itu tidak diselesaikan. 
Justeru itu katanya, dia memang akan bersemuka dengan pasangan terbabit apabila Lisdawati selesai bersalin tidak lama lagi. 

“Ikhlas saya cakap, saya tak berdendam dan marah dengan sesiapa untuk tempoh berpanjangan. Takkanlah nak berdendam sampai mati.
Foto
LISDAWATI dan Fauzi.

“Saya pasti akan selesaikan dengan mereka, apa cara sekali pun tapi tunggulah selepas semua urusan Lisdawati bersalin selesai dulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

No comments:

Post a Comment