SEORANG  pemandu lori, Li Feng terselamat selepas tertusuk kayu dalam kemalangan di lebuh raya di bandar Kaifeng, wilayah Henan, China.

Nasib menyebelahinya apabila kayu sepanjang 6 meter itu tidak terkena di hati dan jantungnya.

Ketika kejadian lori dipandu Li, 40, dipercayai melanggar sebuah tiang lampu sebelum muatan kayu yang dibawanya itu menggelongsor sehingga menikam dadanya.

Selepas dibedah, doktor Chung Peng mendapati, kayu itu hanya mengenai bahagian perut, limpa dan paru-paru kirinya sahaja.

“Risiko ditanggung pesakit kini kemungkinan berlaku jangkitan berpunca daripada sisa  dan serpihan kayu itu,” katanya di petik The Mirror News

Sementara itu, jurucakap polis Li Wu berkata,  kejadian itu berpunca daripada muatan lebihan yang dibawa menyebabkan lori tersebut tidak stabil.