Tuesday 29 April 2014

KUALA LUMPUR: Pembayar cukai yang menggunakan kaedah e-Filing untuk mengisytiharkan cukai mereka diberi tempoh sehingga 15 Mei ini untuk mengemukakan borang cukai pendapatan masing-masing.

Pegawai Perhubungan Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Masrun Maslim ketika dihubungi Astro AWANI berkata mereka yang gagal berbuat demikian akan didenda sebanyak 20  peratus daripada amaun cukai yang dikenakan.

Sementara itu Masrun memaklumkan kesedaran untuk menggunakan kaedah E-Filing di kalangan pembayar cukai semakin meningkat, dengan LHDN mensasarkan sejumlah 3 juta pengguna akan menggunakan kaedah itu.

Pembayar cukai secara manual diberi tempoh sehingga tengah malam ini untuk mengfailkan cukai pendapatan mereka. Mereka yang tidak boleh menghantarkan borang secara peribadi, boleh menghantarkan borang mereka menerusi kotak drop box yang disediakan di setiap cawangan LHDN.

Untuk pengguna menggunakan kaedah e-Filing, mereka diberi masa sehingga 15 Mei ini untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
Tag: LHDNE-FilingCukai
 
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

No comments:

Post a Comment