Tuesday 29 April 2014

Enam parah bas mini terbalik

Oleh Fieza Fariez
Sandakan: Enam parah manakala lapan cedera ringan selepas bas mini yang dinaiki mereka terlanggar sebuah kereta Perodua Kancil yang menukar lorong dalam kejadian di Jalan Batu Sapi berhampiran Kampung Pasir Putih, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 7.35 malam itu, enam mangsa yang parah iaitu pemandu bas mini iaitu Abdul Hamid Sallih, 30, manakala penumpang Saleh Sibly, 29, Potli Asia Gampal, 37, Shielyn Md Yusuf, 15, Khairie Asyraf Sulaiman, 19, dan Azlin Rahido, 32 dan semua mangsa yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Of Kent di sini, untuk rawatan lanjut.
Manakala lapan lagi penumpang yang cedera ringan turut dikejarkan ke hospital sama dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. 

Sementara itu, pemandu kereta Perodua Kancil berusia 30-an, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Foto
KEADAAN bas mini yang terbalik dalam kejadian di Jalan Batu Sapi berhampiran Kampung Pasir Putih, Sandakan. FOTO Fieza Fariez

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29

No comments:

Post a Comment