Tuesday 29 April 2014

29 penumpang terselamat, bas ekspres terbabas di Gua Musang


GUA MUSANG 29 April - Sebanyak 29 penumpang sebuah bas ekspres terselamat selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Km 3.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Bandar Utama di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt. Saiful Bahri Abdullah berkata, bas ekspres Shamisha Holiday itu remuk sedikit di bahagian depan dan tiada penumpang mengalami kecederaan.
Menurutnya, bas itu dipercayai hilang kawalan sebaik melepasi kawasan selekoh menuruni bukit sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu terhumban ke dalam parit dalam kejadian 3.30 pagi.
"Bagaimanapun, penumpang yang menaiki bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudian menaiki bas lain daripada syarikat sama untuk meneruskan perjalanan," katanya ketika dihubungi.
"Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan daripada pemandu bas berhubung kejadian itu," katanya. - BERNAMA
Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 


IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140429/dn_32/29-penumpang-terselamat-bas-ekspres-terbabas-di-Gua-Musang#ixzz30JCUfuHn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment