Friday, 25 April 2014

Derita tak pasal

Oleh Salman Hamat
Butterworth: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit selama 40 minit akibat tersepit dalam keretanya selepas dilanggar pemandu kereta lain dari arah belakang yang ketika itu sedang mengejar suspek kejadian ragut di simpang masuk ke pekan Permatang Pauh, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.
Sebelum kejadian, dua lelaki menunggang motosikal Yahama 125Z nekad memecahkan cermin tingkap bahagian penumpang sebuah kereta Honda Accord dinaiki seorang lelaki dan ibunya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat tidak jauh dari tempat kejadian.
Suspek kemudian menyambar beg tangan milik wanita berkenaan sebelum melarikan diri dan menyangka mangsa yang masih terkejut tidak akan mengejar mereka. 

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an yang memandu Honda Accord itu berang selepas menyedari beg tangan ibunya dilarikan sebelum memecut kereta terbabit untuk mengejar suspek menghala ke arah pekan Permatang Pauh.
Foto
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa manakala Pasukan Bulan Sabit Merah turut memberikan rawatan awal.

“Selepas mengekori sejauh kira-kira 300 meter, pemandu terbabit menghimpit motosikal suspek dengan harapan penunggangnya akan berhenti bagi membolehkan kedua-duanya ditahan serta mendapatkan semula beg tangan berkenaan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/25

No comments:

Post a Comment