Mutakhir
Bas rentung nyaris ragut 57 nyawa
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
Georgetown: Seramai 57 penumpang bas ekspres Plusliner berdepan detik cemas apabila kenderaan itu mengalami masalah teknikal lalu terbakar dalam satu kejadian di Jalan Simpang Ampat Tasik menghala ke Junjung, Seberang Prai Selatan (SPS), di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran dipercayai berlaku di bahagian enjin bas lalu merebak ke bahagian atas bas sebelum bas bertindak berhenti di tepi jalan bagi menyelamatkan nyawa penumpang bas yang ada.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.12 petang dan sepasukan pegawai dari Balai Bomba Nibong Tebal yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Safi @ Roslan Abdullah bersama tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.
Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian api berjaya dipadamkan oleh pemandu bas dengan menggunakan alat pemadam api dan air disamping dibantu anggota bomba sukarela dari Valdor, Permatang Tinggi, Taman Merak Jaya, Jawi serta Balai Bomba Sukarela dari Kulim, Kedah yang tiba dilokasi kejadian.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan nilai kerugian serta punca kebakaran masih lagi disiasat untuk mengenalpasti punca kebakaran," katanya.
No comments:
Post a Comment