Tuesday 1 April 2014

BAHASA

Hishammuddin lari ke Hawaii, tunjuk BN tidak serius bincang MH370 dengan Pakatan

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
APRIL 01, 2014
LATEST UPDATE: APRIL 01, 2014 02:39 PM
Azmin Ali menuduh BN mempolitikkan isu MH370 dan tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa ini.  – Gambar The Malaysian Insider.Azmin Ali menuduh BN mempolitikkan isu MH370 dan tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa ini. – Gambar The Malaysian Insider.Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak disampaikan sendiri oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan Hishammuddin memberikan taklimat itu sendiri kepada ahli Parlimen PR seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan Barisan Nasiional (BN) tidak serius menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS tersebut.
“Pagi ini kita dapat maklumat menteri lari dan pergi ke Hawaii untuk sidang yang lain.
“Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah kerajaan BN yang tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Shahidan sebelum ini mendakwa kerajaan sedia mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen pembangkang bagi menyampaikan maklumat terperinci berhubung tragedi penerbangan MAS MH370.
Katanya, pertemuan itu diatur pada malam Selasa ini di antara anggota Parlimen pembangkang dengan Hishammuddin.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali berkata, wakil rakyat adalah kumpulan pertama yang perlu dimaklumkan sekiranya berlaku apa-apa insiden supaya maklumat yang disampaikan betul dan telus.
Katanya, dengan pemergian Hishammuddin ke Hawaii membuktikan peluang ahli Parlimen PR mendapat maklumat yang telus berhubung kehilangan pesawat MH370 dihalang oleh kerajaan.
“Isu sebegini besar kami terpaksa cari maklumat dari luar dan bukan daripada pihak bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat yang betul dan telus.
“Kita seolah-olah tidak diberi peluang bertanya pun. Bertanya menjadi satu kesalahan sedangkan kita mahu mendapatkan maklumat yang betul untuk dijelaskan,” katanya.
Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang (gambar) menggesa Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri meletak jawatan setelah memberikan kenyataan berbeza di dalam dan luar Dewan Rakyat.
Katanya, apa yang dikatakan Abdul Rahim di Dewan Rakyat minggu lalu pastinya berdasarkan maklumat yang disalurkan kakitangan kerajaan.
“Saya percaya apa yang dikatakan dalam dewan bukan pandangan peribadinya tetapi diberi taklimat oleh pegawai kerajaan. Sebab itu kita mahu penjelasan sepenuhnya mengapa kenyataan itu yang dikatakan ‘pandangannya’ sahaja tidak betul.
“Satu siasatan menyeluruh diperlukan kerana ia sesuatu yang serius bukan sahaja menyentuh maruah dan kredibiliti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta kerajaan tetapi tingkah laku timbalan menteri dalam dewan,” katanya.
Abdul Rahim pada Khamis menarik balik kenyataan yang dibuat di Dewan Rakyat pada hari  sebelumnya bahawa pesawat MAS MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.
Beliau juga mengakui setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.
"Jawapan saya pada sesi Parlimen menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Rahim semasa di Dewan Rakyat menyatakan Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan daripada pusat kawalan.
"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan-U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan.
“Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong. – 1 April, 2014.
The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

COMMENTS

TALK OF THE WEB
The Malaysian Insider :: Malaysia
PKNS loses suit over PJ Sentral shares – Bernama
The Selangor State Development Corporation (PKNS) has lost its suit against Nusa Gapurna Development Sdn Bhd and Malaysian Resources Corp Bh...
Berita Malaysia News
myberita
6.7 million Selangor residents to face water cuts from Friday bit.ly/1pCAe0w
3h

No comments:

Post a Comment