Wednesday, 2 April 2014

Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

MH370: Hakim Amerika tolak permohonan dapatkan bukti dari Boeing dan MAS

email
comments
MH370: Hakim Amerika tolak permohonan dapatkan bukti dari Boeing dan MAS
KUALA LUMPUR: Hakim mahkamah Illinois telah menolak permohonan firma guaman Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan bukti reka bentuk dan kecacatan pembuatan berkemungkinan daripada Boeing Co dan Malaysia Airlines (MAS) berhubung kehilangan pesawat MH370 tiga minggu lalu, lapor Reuters.

Menurut laporan Reuters, hakim tersebut dari daerah Cook, Kathy Flanagan turut mengancam mengenakan sekatan terhadap Ribbeck Law Chartered.

"Meskipun dengan arahan ini, firma guaman telah sekali lagi memfailkan petisyen walaupun mengetahui mereka tidak mempunyai asas untuk melakukannya," kata Flanagan pada Isnin.

Tegas beliau, jika firma guaman tersebut memilih untuk meneruskannya, mahkamah akan mengenakan sekatan kepada permohonan mereka.

Ribbeck Law pada minggu lalu memfailkan tindakan undang-undang pertama di Mahkamah Illinois berhubung kehilangan pesawat MAS Boeing 777-200 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum hilang pada 8 Mac lalu.

Beberapa peguam penerbangan Amerika Syarikat serta pakar menyifatkan pemfailan Ribbeck sebagai sebuah 'aksi publisiti', kerana butir-butir kehilangan pesawat sebahagian besarnya masih tidak diketahui.

Berita mula diterbitkan pada: April 01, 2014 17:23 (MYT)

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my
 
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

No comments:

Post a Comment