Robinhood percaya semua penumpang selamat
Tarikh: March 17, 2014

Robinhood dan isterinya, Delfi pulang ke Medan semalam bagi membantu siasatan polis di Indonesia.
PUTRAJAYA - Waris keluarga penumpang warga Indonesia memuji komitmen Kerajaan Malaysia melaksanakan misi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Abang kepada Surti Dahlia, penumpang MH370, Robinhood Simanjuntak berkata, dia percaya kesemua penumpang pesawat terbabit masih berada dalam keadaan selamat.
"Saya tidak putus-putus berdoa supaya tuhan menemukan kembali kami sdengan adik saya," katanya kepada pemberita sebelum keluar dari Hotel Everly, semalam.
Beliau pada masa yang sama berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati perasaan setiap ahli keluarga penumpang MH370.
"Kalau ianya di luar batasan atau sebaliknya, kita terpaksa terima," katanya.
Selain itu, Robinhood yang ditemani isterinya, Delfi Siagian berkata, mereka terpaksa pulang ke Medan bagi membantu siasatan pihak polis berhubung kehilangan pesawat itu.
"Kami berdua sudah berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lepas semata-mata mahu mendapatkan maklumat terus dan terkini berhubung nasib adik saya," katanya.
Robinhood berharap setiap ahli keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 terus bersabar dan tabah menghadapi insiden yang teramat mencabar itu.
"Harap berita baik menanti kami dan ahli keluarga penumpang yang lain," katanya.

No comments:
Post a Comment