Tasik Taiping semakin kering
Tarikh: March 4, 2014

Keadaan Taman Tasik Taiping yang mulai kering kontang.

Sebahagian kawasan tasik yang perlu diperdalamkan bagi menakung air lebih banyak terutama ketika berdepan musim kemarau.
TAIPING – Kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah tertua di Malaysia, Taman Tasik Taiping yang menjadi destinasi pilihan pelancong berkunjung ke bandar ini didakwa semakin hilang daya tarikan apabila air tasiknya mulai mengering.
Pengunjung, terutama mereka yang sering datang beriadah di taman rekreasi yang berkeluasan 62 hektar ini didakwa mulai berkurang berikutan air tasik berkenaan semakin surut.
Pengunjung, Jeffery Atan, 71, berkata, dia yang sering menjadikan kawasan rekreasi itu lokasi beriadah bersama rakan-rakan mulai sedar air di Taman Tasik Taiping semakin surut dan ada sebahagiannya mula kering sejak sebulan dua lalu.
Menurutnya, keadaan itu berkemungkinan disebabkan Taiping kurang menerima hujan disebabkan cuaca kemarau sejak dua bulan lalu.
Dalam pada itu, dakwanya, masalah itu juga sebenarnya disebabkan pelaksanaan beberapa projek di kawasan berhampiran.
“Projek membina sistem perparitan dan longkang di kawasan berhampiran sebenarnya turut menyumbang kepada permasalahan ini.
“Ada sebahagiannya sistem saliran tersumbat menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik ke dalam tasik,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Jeffery berkata, langkah terbaik yang mungkin boleh dilaksanakan adalah dengan mendalamkan Taman Tasik Taiping.
“Apabila dalam, ia boleh menakung jumlah air dengan banyak dan jika berlaku musim kemarau mungkin boleh melambatkan proses pengeringan.
“Selain itu, apabila hujan, air di dalam tasik mungkin boleh bertambah dan lambat mengering” katanya.
Dalam pada itu, Jeffery berkata, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) juga perlu mengambil langkah proaktif dalam usaha menangani masalah ini.
“Tindakan segelintir individu yang gemar memancing di tasik juga perlu dihentikan atau dikenakan tindakan jika perkara sama berulang.
“Pada masa sama, PBT juga seharusnya menjaga kawasan ini supaya sentiasa bersih memandangkan Taman Tasik Taiping adalah lokasi pelancongan utama di bandar ini," katanya.
Dalam pada itu, Muhamad Rizal Abdul Wahab, 27, berkata, fenomena tasik terbabit surut dan kering agak jarang berlaku.
Menurutnya, faktor itu kini berlaku lebih disebabkan faktor cuaca panas dan kering, jadi pengunjung harus lebih positif, malah tidak menjadikannya sebagai halangan untuk berkunjung ke kawasan rekreasi berkenaan.
"Pada saya, jumlah pengunjung tidak berkurang disebabkan fenomena ini, sebaliknya semakin ramai yang datang ke Taman Tasik Taiping bagi melihat dan merakam sendiri pengalaman melihat tasik kering.
"Fenomena ini sesuatu yang menarik kerana ia jarang berlaku dan kini mereka boleh melihatnya sendiri,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kelab Cintai Taiping (KCT), Robert Rizal Abdullah berkata, fenomena tasik kering sesuatu yang serius kerana ia membabitkan destinasi pelancongan di bandar Taiping.
Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan bagi mencari punca sebenar sejak air tasik di kawasan itu kering sebulan lalu.
"Faktor cuaca panas dan tidak hujan mungkin menjadi punca kepada keadaan itu berlaku, bagaimanapun, KCT tetap berusaha mencari faktor lain penyebabnya.
“Siasatan dilakukan mendapati air daripada sistem perparitan dan longkang yang ada tidak dapat disalurkan ke tasik," katanya.
Dalam pada itu, Robert Rizal berkata, masalah terbabit dimaklumkan kepada pihak bertanggungjawab untuk diselesaikan setelah punca sebenar fenomena diketahui.
“Namun, masalah terbabit masih belum diselesaikan keseluruhannya dan pihak berkaitan perlu memberikan perhatian serius,” katanya.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Shahrom Abdul Malik berkata, kebanyakan individu faham dengan faktor keadaan cuaca panas yang menyumbang kepada fenomena itu.
Menurutnya, jika dikaji semula dalam tempoh satu bulan setengah sebelum ini, hanya tiga kali bandar Taiping menerima hujan.
"Masyarakat seharusnya faham bahawa suhu panas dan kering yang berlaku kini turut dialami di seluruh pelosok negara.
“Oleh itu, ini adalah masa paling sesui untuk kita memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang tanggungjawab memelihara alam sekitar,” katanya.
Pada masa sama, katanya, kekeringan Tasik Taiping juga sebenarnya mungkin disebabkan pelaksanaan satu projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang giat dijalankan.
“Keadaan itu mungkin menjadi punca yang menyebabkan gangguan aliran air ke tasik,” katanya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment