Anda di sini: Laman Utama | Nasional »
MH370: Pasukan penyiasat teliti 'panggilan misteri' Kapten Zaharie
Teoh El Sen | Kemas kini: Mac 21, 2014
SEPANG: Pihak penyiasat sedang meneliti petikan perbualan telefon yang dipercayai dibuat oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, beberapa minit sebelum pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berlepas ke Beijing.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya hari ini mengesahkan panggilan telah dibuat oleh jurutebang pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
“Kami telah memberikan maklumat panggilan ini kepada pihak penyiasat dan mereka akan menyiasatnya,” katanya dalam sidang media di KLIA petang tadi.
Akhbar United Kingdom The Sun sebelum ini melaporkan wujud satu ‘panggilan misteri’ sejurus sebelum pesawat MH370 itu berlepas.
“Diharapkan pihak yang menerima panggilan itu dapat memberikan petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat,” lapor akhbar itu lagi.
Kapten Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid sedang disiasat bagi mengenalpasti samada mereka terbabit dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu.
Siasatan turut merangkumi simulator pesawat milik Kapten Zaharie. Polis memaklumkan pihaknya sedang meneliti kandungan simulator terbabit dimana beberapa fail dikatakan telah dipadamkan pada 3 Feb lalu.
Pasukan penyiasat tempatan dan antarabangsa kini sedang cuba untuk mengesan kembali fail yang hilang dengan harapan dapat memberikan petunjuk kepada kehilangan pesawat.
Berita mula diterbitkan pada: Mac 21, 2014 22:19 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my
BERITA BERKAITAN
- MH370: "Saya tidak akan berputus harapan", kata Hishammuddin
- MH370: Taufan Tropika Gillian dijangka landa kawasan pencarian
- MH370: Kerajaan siasat kekecohan sidang media di Beijing
- MH370: Transkrip komunikasi, tiada yang pelik seperti didakwa
- MH370: China kesan imej 22 meter panjang, 13 meter lebar di koridor selatan
Komen (19)
Hasnah· 1 hari tadi
Firasat saya mengatakan ada sesuatu yang tidak beres, begitulah nampaknya. Semoga persoalan ini dapat dikupas dengan begitu teliti, telus, rasional dan saksama. Tetap taburkan doa agar Yang Maha Esa memberi kita kesempatan untuk kita memperbetulkan apa yang khilaf.
Noor Ellyana Hidayah· 1 hari tadi
Semoga misteri kehilangan MH370 akan segera teronkai
Arifin Latif· 1 hari tadi
huh? another telecom trail? or digital trail/'simulator trail'??? its getting very, very frustrating to possible "mangsa nahas yg belum nampak/diketemui dgn pasti"!
luahan· 17 jam tadi
Hairan!! kenapa nak jugak selidik yang konon nya pesawat di rampas, daripada buang masa selidik sana-sini lebih baik la ajak semua negara yang terlibat dengan SAR tu cari kat dasar laut, dah banyak sangat petunjuk dari orang awam, tapi masih nak CARI PUBLISITI MURAHAN DARI NEGARA ASING..
Kesian dengan keluarga Zaharie mesti tertekan dengan semua ni.
Sudah-sudah la tu, jangan semua benda nak di politik kan!
Kesian dengan keluarga Zaharie mesti tertekan dengan semua ni.
Sudah-sudah la tu, jangan semua benda nak di politik kan!
mijjie ahmad· 15 jam tadi
kita ada pihak menyelidik, ada pihak mencari.. apakah jadi kesalahan bila kita selidik semua sekali yang berkaitan dengan MH370? x salahkan?
ednaha· 14 jam tadi
Kerajaan wajar mengambil segala tindakan yg perlu walalupun terpaksa menyiasat krew2 penerbangan sekalipun, demi mencari kebenaran dan jawapan kpd kehilangan pesawat.
Jack Skywalker· 11 jam tadi
Selidik tu utk cari punca dan akhirnya akan tau di mana..En.luahan. Kalau nak membabi buta, tgk apa dah jd.. mula2 cr kt laut china selatan, lps tu ade maklumat cr pulak kt lautan hindi, kes ni sgt sukar, cari tetap cari, selidik tetap selidik...sy sokong tindakan pihak yg terlibat dlm kes ni...... ckp memang senang 'suruh cari kt dasar laut, laut lebih luas dari tanah bumi ni takkan tak tau En. luahan.... kalau takde petunjuk dasar mane yg nk di cari, persoalan mengenai 'keluarga Zaharie tertekan' - taupun kesian..Bile pihak berkuasa tak dedahkan, UMUM semua nk salahkan pihak berkuasa 'kenapa nak rahsia, tp bila dedahkan pasti ade yg tertekan' pihak berkuasa jugak disalahkan.. Sy tak nampak apa yg nak dipolitikkan dan tang mane CARI PUBLISITI MURAHAN..tp, En luahan nampak jadi sy pun heran ape yg En luahan nampak..utk makluman sy bkn ahli politik dan sy hanyalah org awam yg cuba utk memuaskan hati semua org.
Nunau· 16 jam tadi
mampu berdoa supaya MH370 cepat ditemui.....semoga mereka semuanya selamat....
parklungdaim· 14 jam tadi
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, jika tak mampu membantu dengan kuderat empat kerat, memadai juga kita panjatkn doa kpd allah yg esa.. misteri ini mampu dirungkai dengan masa.. maka bersabarlah lebih baik.. allahuallam,.
Franc· 12 jam tadi
Dlm keadaan begini segala maklumat yg boleh menjadi petunjuk dgn kehilangan mh370 harus diselidik bukanya merapu...terus berdoa
Hasni Saimat· 12 jam tadi
Kalau tak berupaya nak membantu, lebih baik berdiam diri dan berdoa kpd Allah semoga dimudahkan urusan bukannya bercakap yg bukan2 , membuat andaian n tohmahan yang menyinggung perasaan orang lain. Fikirlah baik2. Bukanlah suatu perkara yg mudah untuk menyelesaikan masalah ini.
fazdly· 11 jam tadi
semoga semuanya terjawab.dengan izin Allah....kita pasti terima berita gembira....insyaallah...
add· 10 jam tadi
Kapal selam semua negara terlibat mesti terlibat sama dlm SAR... cari kat dasar laut pulak. InshaAllah..
No comments:
Post a Comment