Kod Kandungan kawal unsur negatif
Tarikh: March 2, 2014
PERNAHKAH anda alami situasi ini? Anda sedang menonton program televisyen dan dihidangkan dengan adegan melanggar norma budaya tempatan.
Atau ketika melayari Facebook, anda terlihat laman menghina sensitiviti kaum atau bersifat mengancam. Situasi ini mendatangkan rasa kurang senang, namun anda tidak tahu hendak buat aduan kepada siapa.
Hakikatnya, ramai masih tidak menyedari kewujudan Kod Kandungan sebagai garis panduan industri bagi mengenal pasti bahan-bahan yang dianggap menyakitkan hati dan menjelikkan.
Sebagai badan bertanggungjawab menyediakan Kod Kandungan, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengendalikan Biro Aduan bagi menangani rungutan pengguna dan ahli industri mengenai perkara berkaitan kandungan dalam rangkaian media elektronik.
Ikuti wawancara wartawan Siti Nursyahidah Abu Bakar dan jurufoto Afiq Razali dengan Pengarah Eksekutif CMCF MOHD MUSTAFFA FAZIL MOHD ABDAN bagi menjelaskan peranan CMCF menerusi Biro Aduannya.
Sejak bila Kod Kandungan mula diguna pakai?
Mohd Mustaffa: CMCF ditubuhkan secara rasmi pada 2001 dan berfungsi penuh pada 2006. Kewujudan CMCF di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sebelum CMCF didaftarkan, Kod Kandungan perlu digubal terlebih dahulu. Pada 2004, Kod Kandungan didaftarkan bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan terus diguna pakai. Kod Kandungan adalah buku panduan utama untuk industri kandungan elektronik di Malaysia.
Boleh terangkan mengenai inti pati Kod Kandungan?
Mohd Mustaffa: Paling utama ialah bahagian kedua iaitu garis panduan umum untuk kawalan kandungan elektronik yang melibatkan semua media elektronik. Garis panduan dan tatacara yang terkandung dalam kod ini ialah kandungan tidak sopan, kandungan lucah, keganasan dan kandungan mengancam, bahasa kesat, kandungan palsu dan kandungan kanak-kanak. Kita mempunyai takrifan sendiri untuk setiap kandungan mengikut standard minimum.
Ini kerana takrifan seseorang mengenai kelucahan mungkin berbeza. Bahagian seterusnya lebih spesifik iaitu untuk pengiklanan, penyiaran, internet, teks audio atau mobil dan kandungan tertutup (electronic billboard). Teras kita lebih kepada konsumerisme dan kualiti kandungan itu sendiri. Kita nak memupuk nilai-nilai baik menerusi penggunaan Kod Kandungan untuk buat, akses dan mendengar atau melihat kandungan tersebut. Kod Kandungan ini merupakan dokumen awam dan boleh didapati di laman web CMCF. Dalam Kod Kandungan, kita bukan saja ada tata cara dan panduan untuk piawaian minima tetapi kita ada satu seksyen yang boleh ambil tindakan melalui Biro Aduan CMCF.
Siapakah yang menganggotai Biro Aduan CMCF?
Mohd Mustaffa: Biro Aduan dianggotai seorang pengerusi dan dibantu wakil daripada enam industri tadi. Konsep utama ialah kawalan kendiri berteraskan perlindungan pengguna, tetapi ditadbirkan oleh pengamal industri. Kita ada kuasa untuk mengawal selia dan ambil tindakan berpandukan cara dikenal pasti. Ada enam kategori utama dalam sektor kandungan elektronik iaitu penyiar (televisyen dan radio), pengiklan, penyedia dan pembekal kandungan, kumpulan sivik (NGO dan universiti), pembekal perkhidmatan internet dan teks audio (mobile). Apabila buat keputusan, pengerusi akan ambil input daripada enam sektor berbeza itu.
Siapa boleh buat aduan kepada Biro Aduan CMCF dan bagaimana proses itu berjalan?
Mohd Mustaffa: Biro Aduan ini sudah berfungsi dari awal dan kita menerima aduan orang awam dan sesama pengamal industri sendiri. Jika kita menerima aduan orang awam, kita akan teliti terlebih dahulu medium berkaitan. Selepas itu, kita siasat dan teliti aduan berdasarkan Kod Kandungan.
Sekiranya ada percanggahan, kita akan ambil tindakan. Bagi kes aduan pengamal industri, tidak kira medium apa, kita minta mereka berkomunikasi terlebih dahulu. Sekiranya mereka boleh membuat pertimbangan dan keputusan yang tidak melibatkan kesusahan atau kos tinggi untuk mana-mana pihak, kes dianggap selesai. Jika tidak berjaya, Biro Aduan ambil aduan itu sebagai kes rasmi dan dapatkan penjelasan serta hujah kedua-dua pihak. Sekiranya tiada penyelesaian, tindakan diambil akan menyerupai sesi pendengaran di mahkamah tetapi dalam skala kecil.
Antara contoh aduan boleh dibuat kepada Biro Aduan CMCF?
Mohd Mustaffa:
Contohnya, jika melihat kandungan iklan dalam televisyen menyinggung atau menyeleweng daripada fungsi sebenar, anda boleh buat aduan kepada Biro Aduan CMCF. Dalam Kod Kandungan, untuk pengiklanan, semua terlibat daripada pemilik produk sehinggalah stesen penyiar, kita akan siasat. Mereka bertanggungjawab terhadap kandungan produk tersebut.
Ataupun jika anda menonton sebuah program televisyen dan mendapati kandungannya bercanggah dengan budaya di Malaysia. Misalnya, menggunakan kata kesat atau keganasan melampau. Buat aduan kepada Biro Aduan dan kita teliti kandungan program tersebut. Sekiranya ada percanggahan, tiga tindakan utama kita ambil ialah teguran bertulis, denda tidak lebih RM50,000 dan meminta penyingkiran kandungan tersebut.
Apa jenis aduan paling kerap diterima dan bentuk penyelesaian ditawarkan Biro Aduan CMCF?
Mohd Mustaffa: Aduan paling banyak melibatkan laman sosial. Menjadi cabaran kepada Biro Aduan untuk mengawal selia dan ambil tindakan sewajarnya dalam bidang atas talian kerana kandungannya dinamik. Jadi, kita cuba beri kesedaran dan pembelajaran tentang konsep kawalan kendiri sama ada untuk diri sendiri atau disampaikan kepada orang lain. Kebiasaannya, kita beri nasihat tentang tindakan boleh diambil oleh pengadu berpandukan Kod Kandungan. Untuk aduan melibatkan penipuan, kita nasihatkan pengadu buat laporan polis.
Berapa aduan telah diterima?
Mohd Mustaffa: Ketika mula berfungsi, hanya 10 aduan diterima.Selepas siri jelajah ke seluruh negara, seminar dan pendedahan di televisyen dan radio untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, jumlah aduan meningkat. Pada 2012, kita terima 167 aduan dan meningkat kepada 417 aduan pada 2013.
Bagi dua bulan pertama 2014, kita sudah terima lebih 50 aduan. Peningkatan aduan ini menunjukkan masyarakat mula ambil berat hak masing-masing, terutama untuk keselamatan. Selain ibu bapa, paling ramai buat aduan ialah remaja kerana mereka paling terdedah dengan internet. Trend aduan juga berubah setiap tahun. Tahun sebelum ini, aduan banyak melibatkan internet tetapi tahun ini penyiaran menunjukkan peningkatan.
Bagaimana cara buat aduan?
Mohd Mustaffa: Kita galakkan aduan bertulis melalui surat, faks, e-mel atau borang di laman web. Kita tidak minta data berlebihan, hanya nama, sedikit pengenalan diri dan maklumat aduan. Kerahsiaan pengadu dilindungi. Selepas kes diselesaikan, kita beritahu keputusan kepada pengadu dan SKMM.

No comments:
Post a Comment