'Kenapa tergamak aniaya saya?'
Tarikh: March 4, 2014

Jamali menunjukkan laporan polis dibuat dan gambar lembunya yang hilang selepas serbuan dilakukan di kandang ternakan miliknya.

Jamali (kiri) menunjukkan bukti laporan akhbar ketika dia menerima bantuan lembu daripada MOA.
BERANANG – “Saya mahu semua lembu saya kembali! Kenapa mereka buat macam ni, menternak satu-satunya mata pencarian saya untuk sara keluarga,” demikian keluh penternak lembu, Jamali Ibrahim, 40.
Jamali mendakwa teraniaya selepas sepasukan polis serta beberapa lelaki datang merampas 67 lembu di kandangnya di Kampung Sesapan Kelubi, 7 Januari lalu.
Dakwanya, anggota polis berpakaian preman datang dengan sebuah kereta tertera logo polis bersama dua lori dan tiga kereta lain.
Mereka memperkenalkan diri sebagai polis tetapi tidak beritahu bertugas dari di balai mana.
Katanya, dia dituduh membeli lembu curi daripada seorang lelaki bernama Bala di Rantau, Negeri Sembilan, Disember tahun lalu.
Dakwanya, pegawai polis tersebut menyerbu kandangnya bagi menyiasat laporan berhubung kes kecurian lembu di sekitar Johor.
Mereka kemudian merampas kesemua lembu termasuk yang diperoleh daripada skim bantuan Trust Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), tali, ubat-ubatan haiwan tersebut, tiga telefon bimbit dan sebuah lori miliknya.
Dakwa Jamali lagi, dia pula digari dan langsung tidak diberi peluang bertanya sedangkan dia mempunyai bukti hitam putih semua lembu berkenaan adalah miliknya.
Dituduh curi 67 lembu
Anggota polis berkenaan hanya bertanya berapa lembu dibeli dengan individu bernama Bala, dia kemudian mengaku membeli 16 ekor yang masing-masing, tiga sudah dijual, tiga mati akibat penyakit kuku dan 10 masih berada dalam kandang.
Apa yang dikesalkan, anggota polis tersebut menuduh semua lembu berjumlah 67 ekor dalam kandangnya adalah lembu curi.
“Mana saya tahu lembu dibeli adalah hasil curi, saya beli dalam kandang bukan tepi jalan atau dalam semak, ada bil dan sebagainya... kalau tahu ia dicuri tidak mungkin saya beli dan bodohlah jika saya simpan lembu curi dalam kandang,” katanya.
Lebih dikesalkan, seorang lelaki yang turut datang bersama polis menunjukkan lembu di kandang adalah miliknya yang hilang.
Terkejut boleh ambil kembali 10 lembu sahaja
Selepas dibebaskan daripada tahanan reman selama tujuh hari, Jamali mendakwa dia terkejut kerana hanya boleh mengambil 10 sahaja lembu ketika hendak menuntut kembali haiwan ternakan miliknya yang dirampas.
Lebih mengejutkan pihak balai mendakwa hanya menerima 57 sahaja lembu sedangkan ketika rampasan dibuat 67 ekor dinaikkan atas lori.
"Polis tunjukkan gambar 57 lembu dirampas,.. 10 lembu yang bersaiz besar langsung tak ada dalam gambar," katanya.
Dia diberitahu jumlah selebihnya iaitu 47 ekor akan diberikan kepada pemilik yang pernah membuat laporan berhubung kecurian lembu sebelum ini.
Jamali berkata, dia ada menunjukkan bukti lembu itu semua miliknya tetapi pihak itu tetap tidak mempercayainya.
Katanya dia juga mempunyai bukti menerima bantuan lembu daripada bekas menteri MOA, malah ia pernah dilaporkan akhbar pada tahun 2010.
Dia yang tidak berpuas hati mendakwa sudah melantik peguam dan akan membawa perkara itu ke muka pengadilan bagi menuntut haknya.
Jamali berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Beranang, 28 Januari lalu berhubung kes tersebut.
PDRM perlu siasat
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Persatuan Penternak Ruminan negeri Selangor (GPPRNS), Samad Kassim yang mendengar aduan mangsa menggesa pihak pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat perkara tersebut.
Beliau menyatakan, polis memang perlu bertindak kepada dalang yang mencuri lembu tetapi siasatan perlu dibuat secara telus, bukan dengan cara yang boleh menganiaya penternak.
Jika perkara itu benar-benar berlaku, sesiapa sahaja boleh mengaku lembu mereka dicuri dan menunjukkan mana-mana kandang yang ada haiwan ternakan kepada pihak polis untuk mengambil yang bukan hak mereka.
“Kalau betul ada pemilik dakwa lembu mereka hilang... tunjukkan bukti yang ada, dalam hal ini saya minta semua yang buat serbuan disiasat, bagaimana 10 lembu boleh hilang sebelum sampai ke balai.
“Siasatan perlu dibuat dengan telus, jangan sampai penternak ambil keputusan di luar jangkaan yang akan jejaskan imej polis,” katanya.

No comments:
Post a Comment