BR1M: Warga emas penuhi kaunter di Lembah Pantai
Tarikh: March 2, 2014
Kuala Lumpur – Warga emas antara penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 memenuhi kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi menunaikan baucer bernilai RM650 di Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur anjuran Umno Bahagian Lembah Pantai, hari ini.
Selain warga emas, golongan bujang juga antara penerima tertinggi di kawasan Parlimen itu, melibatkan 1,134 orang dengan menerima RM300 setiap seorang.
Tinjauan Sinar Harian Online hari ini pada majlis penyampaian dirasmikan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin itu mendapati kaunter bantuan tersebut mula dipenuhi orang ramai sejak 10 pagi tadi.
Tidak terkecuali seorang warga emas yang hilang upaya sejak lima bulan lalu turut menerima subsidi itu sambil menyifatkannya sebagai pemberian di luar jangka kerana beliau sebelum ini tidak pernah menerima sebarang bantuan kerajaan termasuk BR1M.
“Bantuan ini (BR1M) kali pertama saya terima, saya alu-alukan pemberian ini dan dapat membantu meringankan beban saya selepas saya hadapi stroke,” kata Ishak Ibrahim dari Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.
Bagi seorang ibu tunggal, Rapeah Ibrahim, beliau amat bertuah apabila bantuan kerajaan itu yang diterimanya sejak 2012 itu sangat membantu beliau menyara tiga orang anak yang masih di bawah umur dan abangnya yang hilang upaya.
“Alhamdulillah, ini merupakan bantuan (BR1M) kali ketiga saya terima sejak 2012, saya sangat seronok dan bersyukur dapat bantuan ini kerana ia dapat ringankan perbelanjaan barang dapur,” katanya.
Tidak ketinggalan seorang pemuda yang menerima bantuan itu sebanyak RM300 sambil menyatakan beliau akan memberi wang subsidi tersebut untuk kegunaan keperluan ibunya di rumah.
“Sudah dua kali saya dapat BR1M ini, duit ini untuk mak saya dan dapat ringankan beban kami sekeluarga,” kata Shashe Kumar Muniandy.
Tidak ketinggalan seorang warga emas pada mula menyifatkan pemberian BR1M itu sebagai “serampang dua mata”, namun akhirnya beliau turut mengakui pemberian itu sangat memadai buat dirinya dan keluarga.
“Sekurang-kurangnya saya dapat terus subsidi kerajaan ini daripada disalurkan kepada mereka yang berkemampuan dan tidak memerlukannya,” kata Dulip Singh.

No comments:
Post a Comment