Tuesday, 4 March 2014

2014/03/04 by Ana Ghoib
 

SPR terselamat, Mejar Zaidi hilang pencen jika didapati bersalah

mejar zaidi ahmad pilot tudm


Mejar Zaidi ‘The Select Few Good Men’ – Tribute MRM admin politic chapter
KUALA LUMPUR 4 MAC: Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, sekiranya Mejar Zaidi Ahmad didapati bersalah oleh mahkamah TUDM, dia mungkin kehilangan pencen dan faedah lain sebagai anggota tentera dan kakitangan kerajaan.
“Jika Mejar Zaidi didapati bersalah, beliau mungkin kehilangan pencen dan faedah lain.
“Ini merupakan ketidakadilan yang tidak boleh diterima oleh rakyat,” kata Maria dalam kenyataan.
Mejar Zaidi dituduh melanggar arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal di Pilihan Raya ke 13.
Kata Maria pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Majlis Angkatan Tentera hari ini untuk menyeru supaya pertuduhan Mejar Zaidi Ahmad digugurkan.
Maria mengingatkan bahawa Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa SPR harus mendapat keyakinan dan kepercayaan umum.
Namun belum ada sebarang tindakan dikenakan terhadap SPR terhadap kegagalan mereka yang nyata sekali dalam pengendalian dakwat kekal.
“Mejar Zaidi ialah wira negara yang sebenarnya. Jika kesemua rakyat seperti Mejar Zaidi berani bersuara mengenai (hal) yang benar dan adil, pastinya kurang kepincangan dalam sistem pentadbiran negara.
“Sebaliknya, seorang rakyat Malaysia yang berprinsip dan berani pula yang dihadapkan ke mahkamah,” kata Maria.
“Tunjukkan kepada Mejar bahawa beliau bukan keseorangan. Sampaikan pesanan kepada semua bahawa tindakan yang patut dibanggakan dan dipuji ini tidak patut dihukum,” kata Maria.
Sumber Keadilan Daily

FacebookTwitterGoogle+LinkedIn
Sharing Is Caring – MRM TQ Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Homo Viator | Trader Avant Garder | Nom de Guerre | Ghost Writer | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI

No comments:

Post a Comment