05/18/2015 by Ana Ghoib
 

Farhan Bekas Suami Abby Abadi Dituduh Kikis Wang Ibu Tunggal

farhan-kahwin baru

Bekas suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mengakui apabila ada pihak menuduhnya mata duitan apabila mengambil keputusan menikahi seorang ibu tunggal beranak dua pada 15 Mei lalu.
Farhan, 26, berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas kerana isterinya, Noriah Mat Isa bukan datang dari golongan berada sebaliknya hanya seorang wanita biasa.
“Saya tidak tahu kenapa ada orang cakap begitu dan terkilan juga apabila mendengarnya kerana saya bukan seorang kaki kikis dan mata duitan seperti diperkatakan.
“Jika benar saya seorang mata duitan buat apa saya berkahwin dengan Noriah dan lebih baik saya cari wanita kaya untuk dijadikan isteri,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Farhan mengulas tuduhan yang mengatakan dia berkahwin dengan Noriah kerana ingin mengikis wang wanita berkenaan selain ingin mencari jalan mudah untuk hidup senang.
Dalam pada itu, Farhan berkata, perkahwinannya dengan Noriah adalah berdasarkan cinta dan bukannya untuk mengikis wang isterinya itu.
Katanya, biarpun status isterinya itu janda dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu tetapi itu bukan alasan untuk dia menyayangi wanita berkenaan sepenuh hati.
“Ini dinamakan ketentuan dan jodoh kami. Sebagai manusia biasa saya menerima kehadiran Noriah dengan hati terbuka meskipun statusnya seorang ibu tunggal dan bukan kerana hartanya,” jelasnya.
Sementara itu, Farhan berkata, sebagai seorang lelaki berkahwin dia sedar tanggungjawab keluarga kini terletak dibahunya dan akan berusaha membahagiakan keluarganya pada masa hadapan.
“Saya bukannya menggangur dan ada melakukan perniagaan secara kecil-kecilan selain terlibat sebagai model dan sedang cuba menceburi bidang lakonan.
“Insya-Allah saya tahu tanggungjawab sebagai suami dan akan cuba melunaskannya sebaik mungkin,” katanya.
Terdahulu, Farhan berkahwin dengan Abby di Selatan Thailand pada 9 Julai 2013 sebelum disahkan bercerai pada 9 Mei 2014 dengan talak satu hanya selepas 11 bulan bersama. – mStar
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank

User Online
Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Share Icon – TQ Grazie Merci Syukran – MRM

Sila Komen - Sebarkan!


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


iklan kedai murah murah shopping online malaysia