Friday 21 August 2015

Oleh RTKY Staff pada 
15 July 2015, 11:07AM
Mengakui tidak mahu terlalu mewahkan anak, Scha al-Yahya dan juga Awal Ashaarimenjelaskan mereka mahu membesarkan cahaya mata pertama, Lara Alana dalam keadaan sederhana sahaja. 
 
“Tahun ini buat pertama kalinya Lara akan beraya kerana sudah berusia setahun. Tentulah banyak persiapan untuk Lara. Jadi, saya tidak ketinggalan menyediakan keperluan untuknya. Walaupun baju kurung untuk budak yang baru setahun seperti Lara agak terhad dan sukar dicari, saya tetap membelinya”
“Sekarang, Lara sudah ada tiga pasang baju kurung. Itu sudah cukup dan semuanya kira-kira RM500 sahaja. Saya tidak mahu terlalu berbelanja untuk anak kerana Awal sudah berpesan supaya tidak terlalu mewahkan anak,” jelas Scha kepada Utusan Malaysia.
Selain itu, Scha menambah, untuk persiapan raya, mereka hanya fokus kepada perkara yang penting sahaja contohnya seperti keperluan dalam perubatan selain hanya menempah kuih dan juga biskut raya. Apa yang penting adalah dapat meluangkan masa bersama keluarga. 
Malah dalam masa yang sama, ibu kepada Lara ini juga menjelaskan bahawa dia dan Awal akan lebih berhati-hati memuatnaik gambar anak di Instagram selepas apa yang terjadi kepada beberapa anak selebriti tempatan baru-baru ini yang berpotensi menjadi mangsa pedofilia. (rtky/s)

No comments:

Post a Comment