Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.
Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)
Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu.
Lalu apa jawab Rasulullah? Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)
Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.
Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)
Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan.
Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)
“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)
Kisah Iktibar 2 Orang Dari Madinah Yang Mabuk Arak Menjadi Imam Masjid Di Hotel
Arak merupakan ibu kepada kejahatan kerana apabila kita mabuk akibat arak kita tidak akan sedar apa yang kita lakukan. Kisah ini di kongsikan oleh Ustaz Farid Ravi di FB beliau. Ianya berkisahkan tentang 2 orang pemuda Arab yang berasal daripada Madinah datang bercuti ke Turki. Apa yang mengejutkan adalah, Imam Masjid di hotel berkenaan meminta mereka untuk mengimamkan solat Subuh, namun ketika itu mereka dalam keadaan mabuk kerana meminum arak pada malam hari sebelumnya.. Baca kisahnya..
Dua orang lelaki dari Madinah al-Munawarah bercuti ke Turkey untuk rehat dan minum arak. Apabila kedua mereka tiba di Istanbul, mereka check in hotel, petugas di reception meminta alamat bagi tujuan pendaftaran, mereka menjawab;
"Kami dari Madinah al-Munawarah." Petugas di kaunter pendaftaran itu sangat gembira mendengar kedua mereka dari Madinah, lalu di beri bilik yg luas dan view yg sangat cantik, kerena mereka berdua dari Madinah kota suci tempat bersemadinya kekasih kita Rasulullah saw.
Selepas masuk kedalam bilik, kedua lelaki ini minum arak, salah seorang dari mereka minum sepuasnya, mabuk tak terhingga, seorang lagi separuh mabuk....
Tepat jam 4pagi bilik mereka diketuk, salah seorang yg tak berapa mabuk dalam keadaan tak larat, membuka pintu lalu didapati seorang lelaki memberitahu:
"cepat-cepat turun yea, kami tunggu kat bawah."
Lelaki yg mabuk itu kebingungan, lantas dikejutkanya kawan dia yg seorang lagi ( mabuk sangat), sambil bertanya:" engkau hafal al-Quran tak?"....
sayang, kawan dia dah macam mayat, tak sedar diri dek kerana mabuk. Selang beberapa minit, bilik hotel diketuk lagi, suara dari luar berkata:
"Cepat sikit tuan kami dah lama tunggu ni, jgn lambat nak syuruq dah ni...".
Tanpa berlengah lelaki yg separuh mabuk, masuk bilik air mandi dan berwudu lalu turun ke masjid untuk solat dgn pendudk setempat.
Ketika masuk kedalam masjid lelaki itu sangat terkejut, kerana jemaah yg berkumpul untuk solat fajar seperti jemaah solat jumaat. Kedatangan lelaki ini disambut dengan penuh kemulian, jemaah berbaris dan bersalam dgn penuh penghormatan, kerana pemuda ini datang dari Madinah al-Munawarah. Pemuda itu mengimamkan solat fajar, rakaat pertama dan kedua dibacanya surah al-Ikhlas, kerana itu sahaja yg dihafalnya.
Selesai solat, sekali lagi jemaah salam dan berpeluk dgn pemuda tersebut. Peristiwa ini menjadikan kedua2 mereka bertaubat dari minum arak. Mereka memulakan kehidupan baru, dengan menpelajari agama, menghafal al-Quran. Alhamdulillah, kini kedua mereka menjadi pendakwah yg tersohor.
Maha Kaya Allah swt yg memberi peluang untuk manusia kembali ke pangkal jalan hidayah.
Sumber: FB Ustaz Farid Ravi