Tuesday, 25 August 2015

Beliau menjangkakan 30,000 akan menyertai kumpulan itu untuk menyekat kemaraan peserta BERSIH 4.0.
VIDEO INSIDE
anti-bersih_3+600
KUALA LUMPUR: Kumpulan Anti Bersih 4.0 yang berkumpul di depan Kompleks Beli Belah Sogo pada petang Selasa melakukan pelbagai aksi ‘ganas’ sebagai persediaan berhadapan peserta perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang diadakan hujung minggu ini.
Antara gimik yang dilakukan mereka termasuk menghentak batu menggunakan kepala, badan dipukul dengan kayu dan aksi memecahkan batu kapur menggunakan tangan.
“Ini bukannya aksi ganas, sebaliknya sebagai persiapan bahawa kami tidak akan mundur walaupun diserang. Kami sudah bersedia,” kata Ketua kumpulan itu, Datuk Jamal Md Yunos.
Kira-kira 150 peserta menghadiri perhimpunan itu walaupun asalnya penganjur menjangkakan seramai 2,000 akan sertainya.
Jamal berkata, kumpulan mereka yang turut disertai NGO Melayu telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan peserta BERSIH 4.0.
Kumpulan itu akan berkumpul di Plaza Low Yat dan melalui Jalan Pudu sehingga ke Dataran Merdeka bagi menghalang peserta BERSIH 4.0
“Kami sudah kenal pasti, seramai 30,000 orang akan turun dan memakai baju berwarna merah,” katanya.
Jamal bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan menanggung sebarang kos jika ada kemalangan yang berlaku melibatkan ahli kumpulan itu.
Namun, setiap peserta diberikan insurans kemalangan.

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments

No comments:

Post a Comment