Tuesday, 25 August 2015

Cara Mudah Melegakan Sakit Ketika Datang Bulan



Cara Mudah Melegakan Sakit Ketika Datang Bulan | Apabila datang bulan, tentunya akan rasa sakit di bahagian perut. Ini membuatkan badan rasa tidak selesa dan semua menjadi tak kena.

Bagi mengatasi masalah tersebut, terdapat beberapa makanan yang dapat menghilangkan rasa sakit tersebut.


Foto - PSHoudini Devianart

Telur

Dapat membantu menjaga keseimbangan hormon yang keluar pada saat menjelang menstruasi. Kestabilan hormon tersebut akan mengurangkan rasa sakit datang bulan.

Teh Herba

Teh herba seperti teh hijau, pepermint atau parsley akan membantu melancarkan pengeluaran darah haid.Kandungan yang ada di dalamnya juga akan membantu mengurangkan rasa sakit datang bulan yang sedang anda alami.

Daun Sirih

Daun sirih mengandung antibiotik yang berfungsi menghilangkan kuman. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu merebus air dengan daun sirih. Setelah mendidih, tutup api.Minum ketika masih suam.

Kunyit Hidup

Sejak dahulu lagi kunyit dikatakan cukup berkhasiat untuk menghilangkan rasa ngilu ketika haid. Ada beberapa cara untuk menikmati kunyit ini. Pertama, beli dan nikmati sahaja jamu kunyit. Kedua, racik kunyit dan gaul dengan gula merah. Kemudian bancuh dengan air limau nipis suam.

Coklat

Coklat boleh menjadi salah satu ubat paling mujarab untuk menghilangkan sakit datang bulan. Kandungan antioksidan yang ada di dalam coklat akan membantu menenangkan otot dan juga mengurangi rasa sakit yang timbul.

sumber-wom.my

No comments:

Post a Comment