Thursday 27 August 2015

8,048

Pengikut

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

100 pelajar luar bandar dapat tawaran lanjut pelajaran ke UMS

 12:01am 28/08/2015  Sitti Nor Azizah Talata 30 viewsBerita Pilihan,Keningau,Mutakhir,Pendidikan,Tempatan
Sairin dua dari kiri) menyampaikan Surat tawaran kepada sala seorang pelajar. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah
KENINGAU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengenalpasti seramai 100  bekas pelajar tingkatan enam kurang berkemampuan di negeri ini yang layak menerima bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian awam bagi sesi 2015/2016.
Penolong Pendaftar UMS Herman Salah berkata, untuk daerah Keningau sahaja seramai 15 orang pelajar untuk menerima bantuan tersebut.
“Penganjuran program bantuan ini merupakan kali ketiga diadakan oleh UMS untuk membantu pelajar kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat lebih tinggi” katanya ketika ditemui dalam program Penyerahan Surat Tawaran Bagi Isi Rumah 40 peratus terendah ke Institusi Pengajian Awam Bahagian Keningau bagi kemasukan sesi 2015/2016 di bilik gerakan Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Keningau II, di sini semalam.
Katanya, usaha ini dapat memberi galakan serta peluang kepada pelajar luar bandar untuk mengubah masa depan mereka terutama sekali dari segi akademik terutamanya bagi pelajar akan datang.
Menurutnya, antara syarat bantuan tersebut ialah pelajar perlu mempunyai CGPA 2.0 dalam Sijili Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), tinggal di kawasan luar bandar dan pendapatan isi rumah adalah di bawah 40 peratus. Majlis itu telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Sairin Karno. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Pilihan Pembaca

No comments:

Post a Comment