Friday, 31 July 2015


Dr Mahathir mungkin dijel?

4

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedang memikirkan semula sama ada terus atau berhenti menulis mengenai 1MDB kerana "bimbang akan disoal siasat" oleh polis.

Ditanya wartawan hari ini, bekas pedana menteri selama 22 tahun itu berkata, beliau perlu memikirkan perkara itu kerana ia "sangat serius".

"Saya mungkin dijemput polis untuk disoal siasat. Saya tak fikir mereka akan menahan saya di penjara tetapi kemungkinannya ada," katanya.

Sebelum itu Dr Mahathir melancarkan buku tulisan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, Mahathir Bukan Kawan Saya di Putrajaya hari ini.

Semalam Dr Mahathir berkata beliau enggan memberi komen mengenai 1MDB - seperti dilakukannya sebelum ini - kerana bimbang ia dianggap sebagai perbuatan jenayah.

Dr Mahathir berkata, ada kemungkinan beliau akan ditanya mengapa menulis mengenai isu agensi tajaan kerajaan itu.

Katanya, bercakap atau menulis adalah "sama".

Malah katanya, The Wall Street Journal juga disiasat kerana melaporkan isu berkenaan.

Sebagai rakyat Malaysia, Dr Mahathir berkata, dia akan akur terhadap pendapat bahawa sebarang perbincangan mengenai 1MDB adalah jenayah.

"Dan saya tak suka melakukan jenayah," katanya.

KUALA LUMPUR - Pasangan bukan Islam enggan menyewa bilik di sebuah hotel di Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur kerana tidak berkahwin, lapor Sin Chew Daily.

Wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Wang berkata, dia dan teman lelakinya mahu menyewa sebuah bilik pada petang Ahad untuk memudahkan mereka pergi ke lapangan terbang bagi mengejar jadual penerbangan awal pada keesokkan pagi. 

Bagaimanapun, mereka enggan menyewa bilik apabila mereka tidak dapat mengemuka sijil perkahwinan mereka.

Teman lelaki Wang kemudian menyewa sebuah bilik dan mereka berdua menunggu di dalam bilik sementara menunggu dua rakan perempuan mereka agar Wang dapat berkongsi bilik dengan rakannya.

Namun, pekerja hotel tersebut datang ke bilik itu dan meminta salah seorang daripada mereka keluar dari bilik itu kerana pasangan yang belum berkahwin tidak dibenarkan duduk sebilik.

Menurut pekerja hotel berkenaan, peraturan itu telah ditetapkan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Kami hanya mengikut peraturan yang ditetapkan," kata kakitangan hotel tersebut.

Ketika dihubungi, pemilik hotel berkenaan pula menyatakan sebaliknya.

"Orang bukan Islam tidak perlu mengemukakan sijil perkahwinan apabila menyewa sebuah bilik. Hanya pasangan Islam sahaja yang perlu berbuat demikian. Saya rasa pekerja saya telah faham.

"Saya akan terangkan kepada mereka bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi," kata pemilik hotel itu yang memohon maaf di atas kejadian itu. - THEHYPEMEDIA.COM

Click Here
Najib Tun Razak
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta agar rakyat di negara ini tidak mudah percaya dengan persepsi dan fitnah yang dicipta oleh jari-jari manusia dan disebarkan di media-media sosial.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu berpegang kepada prinsip mencari kebenaran dan tidak mengaggap sesiapa bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Dengan mengambil contoh pembelian tanah TRX Exchange milik 1MDB oleh Tabung Haji, Najib berkata, fitnah yang dibentuk jari-jemari manusia tersebar sekelip mata seolah-olah 1MDB diselamatkan daripada deposit bakal jemaah dalam Tabung Haji.

"Riuh satu negara macam langit nak runtuh seolah-olah tabung haji digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Realiti dan kebenarannya, Tabung Haji membuat pelaburan membeli tanah yang tinggi nilainya dan berpotensi untuk projek MRT," katanya.

Beliau berkata, persepsi dan fitnah yang memerangi fikiran rakyat telah membunuh kebaikan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardhu Haji Program Khas Haji Perdana Menteri Yayasan 1MDB di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Seramai 1,200 bakal jemaah terdiri daripada imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dari seluruh negara menerima surat tawaran berkenaan.

Selain itu, Najib berkata serangan yang dibuat terhadap 1MDB seolah-olah 1MDB langsung tidak berjasa kepada negara.

"1MDB banyak berjasa, setiap tahun ribuan bakal jemaah ditaja, bantuan kepada sekolah dan bencana, malah bantuan berjumlah beratus-ratus juta dalam bentuk khidmat masyarakat diberikan namun langsung tidak dibuat penilaian," katanya.

Beliau turut berpesan kepada bakal jemaah yang menerima surat tawaran itu agar dapat mendoakan negara dan kepimpinan negara ini semasa mengerjakan ibadah haji.

"Tolong doakan negara kita selamat, kepimpinan negara kita ditentukan oleh kita, bukan oleh orang luar dan orang asing," katanya.