Kanak-Kanak Perempuan Didera Nenek Tiri
BUDAK lima tahun dipercayai mangsa dera nenek tiri. FOTO ihsan pembaca Harian Metro
SETIU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mengalami beberapa kecederaan pada bahagian badan, muka termasuk bengkak mata kiri dipercayai didera oleh nenek tirinya.
Kejadian yang menimpa kanak-kanak itu disedari seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu ketika merawat mangsa kira-kira pukul 2 pagi Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Idris Mohamed berkata mangsa dikatakan datang ke hospital berkenaan bersama bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan selepas dikatakan terjatuh ketika bermain.
Katanya hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat banyak kesan lebam dan luka lama serta baru di tubuh mangsa termasuk lebam dan bengkak mata kiri.
“Kanak-kanak terbabit dihantar oleh bapa saudaranya dan dia mendakwa diminta oleh datuk yang juga penjaga mangsa menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital.
“Lelaki terbabit mengesyaki kanak-kanak terbabit didera berdasarkan kecederaan dialami pada tubuh badannya sebelum membawa ke hospital,” katanya.
Idris berkata menurut bapa saudara mangsa itu, datuk kepada kanak-kanak malang itu dikatakan bertindak memintanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital kerana tidak tahan melihat cucunya didera oleh nenek tirinya.
“Mangsa kini masih dirawat di hospital dan dilaporkan stabil dan kita masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital,” katanya.
“Mangsa kini masih dirawat di hospital dan dilaporkan stabil dan kita masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital,” katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. – Bernama
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank
User Online
User Online