Tuesday, 18 August 2015

Skip to main content Dapatkan BH Plus. Langgan Sekarang. Log Masuk Langgan BERITA Utama Semasa Politik Sukan Dunia Bisnes Jenayah Kolumnis Rencana BH@IT Hiburan Foto Video MEDIA SOSIAL Kes Altantuya sudah selesai - Najib AHAD, 17 MEI 2015 - 7:25PM KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menjelaskan adalah tidak adil untuk memaksa beliau membuka semula siasatan berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu, sedangkan mahkamah sudah memutuskan siapa yang bersalah. Perdana Menteri berkata, kes itu sudah disiasat, dibicara dan diselesaikan di Mahkamah Persekutuan dan sewajarnya keputusan mahkamah itu adalah pengakhirannya. "Saya tidak terbabit dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Mahkamah telah mendapati siapa yang bersalah atas pembunuhan itu. Itu seharusnya menjadi pengakhiran cerita," katanya menerusi laman web rasminya NajibRazak.com sebagai menjawab 13 perkara yang dibangkitkan pihak tertentu. Najib berkata, walaupun kes itu sudah lama berlalu tetapi ia terus "dikitar semula" oleh pihak pembangkang. Katanya, memandangkan ia satu kes yang panjang, pihak tertuduh mempunyai cukup masa untuk menyatakan segala-galanya kepada mahkamah. "Justeru, mengapa kita mendengar pula individu yang keterangan mereka sudah diberikan dan yang didapati bersalah melakukan jenayah itu? "Apa yang penting, penghakiman itu memberikan keadilan kepada semua, paling penting kepada keluarga mangsa, terhadap tertuduh dan malah kepada saya," katanya. Perdana Menteri berkata, rakyat perlu faham bahawa dalam politik banyak perkara yang dimainkan dan kes pembunuhan wanita Mongolia itu adalah satu daripadanya. Katanya, kes itu menjadi panas pada masa itu kerana beliau bakal menjadi perdana menteri dan pihak pembangkang memerlukan sesuatu untuk menghalangnya. "Kerana kedua-dua pengawal peribadi itu pernah bertugas dengan saya dan Razak Baginda adalah seorang rakan, maka mereka cuba mengaitkannya dengan saya. "Pakatan dan media mereka secara tidak bertanggungjawab bermain perang saraf dengan cuba mengaitkan saya dan mempengaruhi persepsi. "Bahkan mereka telah memalsukan gambar saya sedang makan malam dengan mangsa di sebuah restoran. Dalam era media sosial, perkara seperti ini mudah tersebar tanpa kawalan, termasuk gambar palsu itu," katanya. Altantuya Sharibuu DISYORKAN Anwar peluk isteri selepas keputusan dibacakan Imej kotak ditemui di dasar Lautan Hindi mungkin serpihan pesawat Parlimen: Dewan panas Azalina 'cuit' Nurul Izzah Tiada lagi Datin Maimon Recommended by DISYORKAN Azwan Ali mohon maaf selepas digertak Najib jawab 13 persoalan Mangsa kerap ke Bangkok bersama keluarga - Jiran Najib persoal motif Dr Mahathir Saiful tarik balik saman ke atas Anwar Recommended by Kembali ke atas Hak Cipta Terpelihara © 2014 - BH Online New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) Versi Desktop 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55467?m=1

No comments:

Post a Comment