Pergi jua...
Dungun: Nur Effy Elysha Azmi Sham, 8, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan ibunya di Kilometer 71.6, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, Ahad lalu, meninggal dunia 12.30 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkannya.
Menurutnya, jenazah Nur Effy Elysha sudah dituntut keluarganya dan dikebumikan bersebelahan dengan kubur ibunya di Kampung Pulau Serai.
Dalam kemalangan kira-kira 6.55 pagi itu, Juzalina Johari, 37, ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian, manakala abang mangsa Muhammad Shah Ikhwan, 12, cedera ringan.
Kemalangan itu dipercayai berlaku, apabila motosikal yang dinaiki tiga beranak terbabit dalam perjalanan dari rumah untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Serai sebelum dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai terbabas.
Rabu, 1 Julai 2015 @ 9:30 PM
No comments:
Post a Comment