SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyambut baik rombakan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam.
Shahidan berkata, dalam pada itu beliau ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan yang terus diberikan kepadanya untuk terus berkhidmat di dalam jemaah Kabinet.
‘Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri serta rakan-rakan jemaah menteri yang baru dilantik.
“Perdana Menteri mengekalkan saya di dalam portfolio pengurusan bencana di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) bersama beberapa portfolio lain seperti sebelum ini; kecuali dalam urusan memantau perjalanan Parlimen.
Bagi menyempurnakan tugas ini, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut dipertanggungjawabkan kepada saya," katanya dalam satu kenyaatan medianya hari ini.
Bercakap lebih lanjut mengenai beberapa perubahan dalam porfolionya Shahidan berkata, dengan perubahan itu, Perdana Menteri meminta beliau memberikan tumpuan yang lebih untuk memantapkan aspek perlaksanaan dan 'delivery system' dalam pengurusan bencana dan penguatkuasaan maritim.
"Oleh yang demikian, saya menyahut cabaran dan tanggungjawab ini bagi memastikan negara kita mempunyai sistem pengurusan bencana yang lebih baik dan teratur.
“Selain itu, isu-isu berkaitan keselamatan maritim, khususnya kawalan sempadan bagi mengelakkan pembolosan warga asing akan menjadi keutamaan saya dalam masa terdekat.
Semoga penyusunan semula barisan kabinet ini akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat di negara ini dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT," katanya.

No comments:
Post a Comment