Monday 20 July 2015

FARID Kamil semasa Preview Filem Abang Lejen di Cathay Cineleisure Damansara. - Foto Shiraz Ali KUALA LUMPUR : Pelakon Farid Kamil mengakui terkilan dengan tindakan isterinya, Diana Danielle, yang menggayakan baju dalam untuk sebuah majalah fesyen sekitar sebulan lalu. Farid, 34, yang pertama kali memberi komen berhubung isu itu bagaimanapun menegaskan beliau tidak mahu mencampur-adukkan urusan peribadi dan kerjaya. "Maaf saya tidak boleh memberi sebarang komen. Perkara ini sangat rumit untuk diulas. Jadi, saya berharap jika inginkan kepastian, seeloknya soalan ini diajukan kepada pihak pengurusan Diana sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton Abang Lejen di Cathay Cineleisure Damansara, di sini Pihak pengurusan Diana adalah ProkuyaStudios, yang kendalikan oleh adik Farid sendiri iaitu Fadzil Zahari. Diana sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila beraksi berani mengenakan baju dalam dan menyelimut badannya dengan menggunakan sehelai bendera Amerika Syarikat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/47445?m=1

No comments:

Post a Comment